View: 2000|Reply: 7
|
Bang Yong Guk hentikan konsert seketika, bagi peluang penonton solat Maghrib
[Copy link]
|
|
MEMAHAMI kepelbagaian budaya dalam kalangan peminat di Malaysia, penyanyi Bang Yong Guk bertindak menghentikan seketika persembahan bagi menghormati waktu solat Maghrib.
Yong Guk berbuat demikian ketika tampil sempena konsert The Colors of Bang Yong Guk yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Penyanyi itu yang memulakan persembahan pada lewat petang secara tiba-tiba meminta waktu rehat bagi memberi laluan kepada peminat untuk menunaikan solat.
Malah dia sendiri yang mengumumkan telah masuk waktu Maghrib di atas pentas dengan bantuan seorang penterjemah.
"Sekarang kita ada masa untuk sembahyang, kita akan mulakan semula sebentar lagi," katanya ketika di atas pentas.
Dalam masa sama, dia juga turut menerangkan kepada penonton yang hadir tentang keperluan untuk berehat pada waktu tersebut bagi peminat di Malaysia.
Difahamkan ucapan tersebut juga dibuat atas permintaan Yong Guk sendiri yang daripada awal sudah sedia maklum mengenai budaya tempatan.
Video ucapan Yong Guk itu mula mendapat perhatian di laman sosial dan rata-rata peminat kagum kerana bekas anggota B.A.P ini tahu menghormati waktu solat.
"Dia tidak perlu berbuat demikian, tetapi tetap melakukannya. Dia seorang lelaki budiman sejak awal kemunculan.
"Yong Guk ada standard tersendiri.
"Bagusnya hormat waktu solat, bertambah hormat saya pada Yong Guk," komen netizen.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
handsome macam rain ninja |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la die sebab study dulu budaya tempat yang dia pegi |
|
|
|
|
|
|
|
tau takpe..tak macam matty kat sepang tu..bodoh tak tau hormat adab negara orang
|
|
|
|
|
|
|
|
makin lurve dekat Bang Yongguk ni
heols memang wise pon, dari zaman BAP lagi nampak bijak. Dengan Himchan pon heols cut tie awal2 lagi masa ada rumour pasal kes sexual assault tu |
|
|
|
|
|
|
|
chacon replied at 22-7-2023 12:55 PM
tau takpe..tak macam matty kat sepang tu..bodoh tak tau hormat adab negara orang
ye, panas betul dengan si Matty tu. Tak boleh ke perform je tak payah sibuk nak komen macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
iols pergi Dream haritu pon dorang habis konsert jam 8. Takde maknanya nak bagi solat break
tapi okay la sebab pukul 8 pon sempat je solat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Yongguk ni dah familiar dgn culture Malaysia sbb dah brp kali dtg travel & perform dgn member B.A.P sblm ni....respect Yongguk ni sbb aware dgn sstgh peminat Muslim yg nak solat maghrib....dari awal kemunculan pun perangai elok....cuma syg betul group B.A.P dibawah company yg mana bukan ja kecik tapi kerah depa habis2...dibayar ciput lagi....last2 dah bungkus company tu...yg xbleh blah siap jual trofi yg depa menang kt music show kt atas talian #sajarajintaippanjangharini |
|
|
|
|
|
|
| |
|