CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 0

Lelaki naik jet ski dari China ke Korea Selatan

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode


Seoul: Pengawal Pantai Korea Selatan, baru-baru ini, menahan seorang warga China yang cuba menceroboh masuk negara ini dengan menaiki jet ski dari republik berkenaan.

Lelaki China itu melakukan perjalanan sejauh lebih 300 kilometer (km) sebelum tiba di Korea Selatan.

Lelaki yang memakai jaket keselamatan dan topi keledar itu menyeberang laut dengan menaiki jet ski 1,800cc dari wilayah Shandong di China.

Dia menggunakan teropong dan kompas untuk menentukan haluan jet ski itu. Selain itu, ia turut menunda lima tong minyak.

"Dalam perjalanan, dia mengisi semula petrol dan membuang tong (petrol) yang sudah kosong ke laut," kata pengawal pantai itu dalam kenyataan media.


Apabila jet skinya tersangkut di kawasan berlumpur berhampiran terminal kapal persiaran antarabangsa di

bandar pelabuhan barat Incheon, lelaki itu terpaksa meminta bantuan.

Pengawal pantai berkata, lelaki yang tidak dikenal pasti itu ditangkap selepas cuba menceroboh masuk ke Incheon.

Pihak berkuasa berkata, mereka tidak menemui sebarang tanda yang menunjukkan lelaki itu adalah seorang pengintip.

Menurut aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dialogue China, yang berpangkalan di Korea Selatan, Lee Dae-seon, lelaki yang menunggang jet ski itu adalah aktivis hak asasi China, Kwon Pyong.

Kwon, 35, sebelum ini menyiarkan gambar di media sosial yang mengejek Presiden China Xi Jinping, dan pernah dipenjarakan di China kerana aktiviti subversif, kata Lee kepada AFP pada Selasa.

"Walaupun cara dia masuk ke Korea Selatan yang melanggar undang-undang adalah salah, pengawasan pihak berkuasa China dan penganiayaan politik terhadap Kwon sejak 2016 adalah punca kemasukannya ke Korea Selatan.

"Dia kini sedang menimbang sama ada mahu memohon status pelarian di Korea Selatan atau memilih negara ketiga," kata Lee.
Korea Selatan hanya memberikan sejumlah suaka untuk pelarian, setiap tahun.

Bagaimanapun, kedutaan China di Seoul tidak memberikan ulasan mengenai insiden berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.882978 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list