View: 2487|Reply: 2
|
Kaya Betul Atuk Biar Cucu Gunting Duit Pencen Untuk Dibuat Main 'Masak-Masak'
[Copy link]
|
|
Tular sekeping gambar yang dikongsikan pengguna dikenali sebagai Manja Juwita mengenai gelagat seorang kanak-kanak 'nakal' yang menggunting duit pencen milik datuknya.
Menerusi hantaran itu, Manja Juwita mendakwa duit tersebut digunting untuk dijadikan sebagai mainan ‘masak-masak’.
FB
Paling mengejutkan, dalam sekeping gambar yang dimuat naik, kelihatan bekas berwarna biru itu penuh dengan not wang bernilai RM10 dan RM50 yang telah digunting.
“Musim cuti sekolah ni cucu duduk rumah kena jaga, jangan biarkan dia berseorangan.
“Habis duit pencen atuk dia gunting dikatanya nak buat main masak-masak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Lantaran itu, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna media sosial yang geli hati dan ada juga yang menitipkan pesanan.
“Kaya atuk ni duit pencen letak merata-rata. Tidak hairan lah duit banyak cucu gunting buat mainan,” komen Rose.
“Anak-anak sekarang kreatif. Mereka meneroka segala apa yg ada di sekeliling. Perkembangan psikomotor turut berperanan dlm proses utk mengadaptasi benda-benda yang mereka sentuh,” komen Man.
“Kalau simpan duit betul-betul tak akan jadi macam ini. Boleh cuba bawa ke bank negara, mungkin mereka boleh bantu,” komen seorang pengguna yang lain.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
simpan kat mana duit tu yang cucu boleh capai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|