CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 4

Si Tanggang Moden Lega Mak Ayah Mati Di Pusat Jagaan

[Copy link]
Post time 30-8-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan mendedahkan segelintir anak bersikap umpama si tanggang apabila menyatakan rasa lega mendapat perkhabaran mengenai kematian ibu bapa mereka yang ditempatkan di sebuah pusat jagaan di Kempas, Johor Bahru.


'Alhamdulillah! Dah mati pun ayah mak aku'. Begitulah reaksi segelintir mereka.




Gambar hiasan




Tambahnya, segelintir waris penghuni juga gagal tampil bagi mengurus pengebumian ibu bapa mereka dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


Malah, usai dikebumikan, ahli keluarga akan tampil semata-mata bagi menuntut kad pesara, kad pengenalan, sijil kematian dan dokumen berkaitan.


Kongsinya, seorang anak kepada penghuni yang kebiasaannya akan tampil bagi mendapatkan duit poket daripada bapanya juga bersikap lepas tangan selepas menerima berita kematian bapanya.


"Dia yang memiliki kereta mewah, biasanya ke sini sebulan sekali bagi mendapatkan duit poket RM200 daripada bapanya dan apabila kami memaklumkan bapanya sudah tiada, dia berasa lega dengan menyatakan kesyukuran.


"Akibat keluarganya tidak menunjukkan minat bagi mengendalikan urusan terakhir bapanya, kami menanggung segala-galanya.


"Kami tidak pernah menganggap ia sebagai bebanan namun kesal dan khuatir sekiranya ia akan menjadi trend dan budaya generasi pada masa depan," katanya.


Norijah Bidin




Norijah berkata, buat masa kini hanya 30 peratus waris yang bersikap tanggungjawab bagi menjelaskan yuran bulanan bagi penjagaan diberikan dan pihaknya menggunakannya bagi pembayaran gaji pekerja.


Menurutnya, segelintir waris pula ingin berlepas tangan dengan merujuk ibu bapanya ke agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan bulanan untuk menampung yuran walaupun mereka sebenarnya mampu.


"Kos bulanan kami bagi menampung pemakanan dan penjagaan kumpulan warga emas berkenaan mencecah RM22,000.


"Buat masa ini kami memiliki 68 penghuni di cawangan di Denai 1, Kempas, seramai 43 penghuni di Denai 2, Kempas serta 58 penghuni di cawangan Parit Bunga, Ladang, Muar," katanya.


Norijah berkata, pihaknya berharap waris semua penghuni lebih bertanggungjawab demi kebajikan ibu bapanya.


"Kami memiliki perancangan untuk memberi dan mengubahsuai bangunan lama di Denai 2 bagi keselesaan penghuni, ia dijangka memakan kos sejumlah RM1.5 juta.


"Kami kekurangan dana dan menubuhkan tabung bagi tujuan kutipan sumbangan serta berharap bangunan lama itu akan berwajah baharu," katanya.


Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Nur Ehsan di akaun Maybank 551137548840.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu diingat istilah derhaka tu bukan saja untuk anak2 tapi mak pak pun boleh terpalit sama jika hansuang dengan anak2 terutama semasa mereka masih kecik innocent.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 03:34 PM | Show all posts
ni kisah nak minta derma ke apa..
tahfiz versi rumah orang tua?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Check balik masa muda bt apa pd anak2
Takkan semua ank tak suka
Something wrong la kalau semua anak biarkan
Ni kes dendam la aku rasa
Jgn nnti ada ckp jahat2 pun makpak kita kena terima lah
Amboi time ank tu kecil mcm2 ko bt kat dia sampai gila budak tu
Dah besar kena jaga ko yg dah lumpuh tu pulak
Adil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:52 PM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 1.452564 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list