|
Tular video dua wanita melakukan kekasaran terhadap kanak-kanak asuhan di sebuah taska di Johor Bahru.
Rakaman video kejadian tersebut dikongsikan seorang individu kepada laman Facebook mynewshub pada Rabu.
Dalam video berdurasi 44 saat tersebut, jelas kelihatan kedua-dua wanita tersebut bertindak kasar dengan menarik tangan dan kaki serta menolak beberapa budak di dalam sebuah bilik.
Salah seorang daripada mereka dilihat seakan-akan menghempas seorang kanak-kanak ke atas tilam taska yang disediakan.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan kedua-diua pengasuh tersebut.
"Kesiannya budak itu tengah sedap tidur terpinga-pinga dia kat lantai," kata @zxtyxoxo.
"Kasarnya buat kanak-kanak seperti itu, kalau anak aku sudah lama aku buat benda yang sama, bagi dia rasa maccam mana kena hempas atas katil seperti itu," kata @ItsJustJustin.
Seorang pengguna media sosial @Ai_biru turut mempersoalkan tindakan kedua-dua wanita tersebut.
"Sumpah tak faham, kau (pengasuh) tak suka kanak-kanak tetapi kenapa kerja taska yang berkaitan dengan budak?
"Kau anggap budak kecil menyusahkan? leceh? Kenapa jaga? Banyak lagi bidang yang kau boleh kerja,"tulisnya.
Setakat berita ini ditulis, tiada ada maklumat lanjut yang diperolehi mengenai taska berkenaan.
Pada masa sama, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa ataupun ibu bapa kanak-kanak dalam video tersebut. — CARI
Sumber: Majoriti
|
|