|
NEW DELHI – Kakitangan awam yang bekerja di sebuah bangunan usang di negeri Telangana, India terpaksa memakai topi keledar untuk melindungi diri.
Tindakan itu dilakukan kerana bimbang ditimpa kepingan siling dan konkrit.
Dunya News melaporkan, rakaman video menunjukkan beberapa pekerja lelaki di Pejabat Pembangunan Daerah Jagtial, Telangana, memakai topi keledar ketika bekerja menjadi tular di media sosial India.
Foto: Dunya News
Pejabat Pembangunan ditugaskan membangunkan daerah itu, tetapi pejabat mereka sendiri sangat daif sehinggakan pekerja terpaksa melindungi diri daripada serpihan yang jatuh.
Media tempatan melaporkan, kakitangan telah meminta agar mereka dipindahkan ke bangunan pejabat yang lebih selamat selepas rakan sekerja mereka hampir mengalami kerosakan otak akibat ditimpa kepingan simen.
Menurut media tempatan, bumbung pejabat itu bocor sejak tahun lalu dan kini dalam keadaan usang.
Selepas video itu tular, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja di Pejabat Pembangunan itu akan dipindahkan ke bangunan lain tidak lama lagi. – CARI
Sumber: Kosmo |
|