|
Ingat lagi kes masa budak2 dulu. Masa darjah tak silap darjah 5. Ada kawan sekelas ni, dia mcm lembam sikit la. Kalau sekarang mungkin boleh diklasifikasikan sebagai oku pembelajaran la. Tapi zaman tu..mana ada semua ni. Ada kategori budak pandai dengan tak pandai je la.
Ada satu time tu, kelas matematik. Cikgu tu panggil kawan I ni pergi ke depan untuk jawab soalan. I ingat lagi soalan tu berkaitan dengan darab. 6X0 jawapan dia apa? Tapi kawan I ni, dia tak boleh jawab soalan tu. Terus cikgu ni ambik pembaris panjang tu pukul punggung dia.
Kawan I ni dia period awal. So dia dah matang sikit la. Benda mcm ni memang malu la kan. Lepas duduk kat tempat dia, I tengok dia menangis teresak2. Memang rasa kesian sangat. Sampai sekarang I masih terbayang lagi mcmana dia menangis tu.
|
|