|
Video tular memaparkan sajian ketulan ais yang dibakar dan diperasakan dengan sos serta rempah ratus mendapat perhatian warga maya.
Menurut beberapa laporan berita dari China, snek jalanan yang aneh itu terkenal di sebuah gerai makanan jalanan di Nanchang, Wilayah Jiangxi.
Ketulan ais besar sedang dimasak di atas panggangan terbuka dan diperisakan dengan sos dan rempah, sebelum dihidangkan di atas pinggan.
Foto: Oddity Central
Malah ia dikatakan sangat popular pada hari musim panas, terutamanya kerana ia ditawarkan sebagai hidangan percuma.
Menjejaki pengusaha gerai makanan jalanan itu, dia rupa-rupanya mendapat idea untuk membuat ais bakar pada hari yang panas, sebagai cara untuk menyejukkan orang.
Pada awalnya ia dilakukan sebagai jenaka, tetapi orang akhirnya menyukainya sehingga mendorong dia terus membuatnya.
Makanan jalanan yang pelik itu tidak memerlukan kos apa-apa, tetapi orang yang ingin mencubanya dan dilaporkan terdapat banyak permintaan. - CARI
Sumber: mStar/Oddity Central |
|