|
Sepasang kekasih tergamak 'memadu asmara' di depan khalayak ramai.
Perbuatan tidak senonoh mereka itu dirakam ketika berada di dalam sebuah kafe pada waktu petang.
Rakaman berdurasi 12 saat yang tular di medoa sosial itu menyaksikan seorang wanita dan seorang lelaki dilihat sedang berpeluk di atas sofa di dalam sebuah kedai kopi di Quilmes, Argentina.
Bukan itu sahaja, kelihatan tangan salah seorang daripada mereka sedang bergerak di bawah jaket yang melindungi bahagian bawah badan lelaki terbabit.
Walhal pada masa itu, terdapat beberapa orang tetamu yang sedang duduk berhampiran mereka.
Video tingkah laku tidak bermoral itu telah menjadi tular sejak ia dikongsi di TikTok oleh seorang pengguna @pablorereok.
Penonton turut menyindir situasi aneh tersebut dengan berkata bahawa wanita itu ingin 'susu' untuk kopinya.
Seorang lagi pengguna berkata wanita itu mahu krim sebenar untuk kopinya. -CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|