|
VAN Aert mengulangi pencapaian 2021. FOTO Agensi
London: Wout van Aert memenangi Tour Britain buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila pelumba Belgium itu merangkul kejuaraan dengan kelebihan tiga saat (s).
Pelumba Jumbo-Visma itu mengekalkan kelebihan di peringkat kelapan dan terakhir untuk memastikan kejuaraan dalam kejohanan yang kali terakhir dimenanginya pada 2021.
Penganjur menghentikan perlumbaan selama kira-kira setengah jam selepas kemalangan di laluan yang tidak berkaitan dengan perlumbaan.
Carlos Rodriguez dari Ineos Grenadiers memenangi peringkat kelapan dari Margam County Park ke Caerphilly.
Pelumba Sepanyol itu perlu memulihkan defisit 39s untuk menghalang Van Aert muncul juara, tetapi dia hanya boleh menamatkan 11 saat di hadapan pesaingnya.
Tobias Halland Johannessen dari Uno-X menduduki tempat kedua keseluruhan, dengan pelumba Australia, Damien Howsen dari Q36.5 ketiga dalam kedudukan keseluruhan.
James Fouche dari New Zealand memenangi gelaran Raja Bukit untuk muncul pendaki terbaik.
"Rasa hebat. Kami melalui minggu yang menakjubkan sebagai satu pasukan, bermula dengan lima kemenangan peringkat berturut-turut. Ia agak luar biasa.
"Bermula dari itu, ia memberi banyak tekanan kepada kami dalam perlumbaan ini, tetapi kami berjaya mengawal setiap peringkat, pada asasnya. Jadi kami amat berbangga, terutamanya untuk menamatkan kerja berpasukan.
"Ia adalah peringkat yang sangat sukar berdasarkan laluan tahun ini. Hujung minggu benar-benar menentukan dan kami benar-benar melakukan semuanya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kedua-tour-britain |
|