View: 326|Reply: 0
|
Halep berdepan penggantungan empat tahun
[Copy link]
|
|
HALEP berdepan penggantungan selama empat tahun ekoran kesalahan doping, namun berhasrat untuk terus mengemukakan rayuan. - AFP
LONDON – Bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep tidak berputus asa biarpun Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) memutuskan untuk menggantungnya selama empat tahun berikutan pelanggaran anti-doping.
Bekas pemenang Wimbledon dan Terbuka Perancis tersebut sebelum ini digantung sementara sejak Oktober 2022 selepas diuji positif terhadap bahan terlarang roxadustat yang merangsang pengeluaran sel darah merah di Terbuka AS pada Ogos tahun lalu.
ITIA juga menjelaskan terdapat keraguan berkaitan dengan penipuan dalam pasport biologi Halep bagi memantau data biologi dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti kemungkinan pelanggaran doping.
Bagaimanapun, Helep menjelaskan bahawa dia akan meneruskan latihan dan komited untuk membersihkan namanya daripada dakwaaan tersebut selain mengambil tindakan undang-undang.
“Saya terus berlatih dan komited untuk membersihkan nama saya daripada dakwaan ini. Saya berhasrat untuk merayu keputusan ini di Mahkamah Timbang Tara Sukan dan mendapatkan tindakan undang-undang terhadap syarikat yang menyebabkan saya terpalit dengan doping,” kata Halep.
Helep sebelum ini menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah kepadanya dan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil bahan terlarang yang menyebabkan kariernya terjejas.
Jika Halep kekal digantung selama empat tahun, pemain 31 tahun itu akan terlepas grand slam dan juga tidak layak untuk bermain tenis profesional sehingga 6 Oktober 2026. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... tungan-empat-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|