View: 2952|Reply: 0
|
Nakagami terus setia bersama Honda LCR hingga tahun depan
[Copy link]
|
|
NAKAGAMI masih lagi mendapat kepercayaan Honda LCR. FOTO Agensi
Paris: Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami melanjutkan kontraknya dengan pasukan MotoGP, Honda-LCR untuk musim depan.
Nakagami yang berusia 31 tahun berlumba untuk Honda-LCR sejak 2018.
"Saya rasa LCR adalah sebahagian daripada keluarga saya, dan sudah tentu, saya teruja untuk bersama mereka bagi musim yang lain," kata Nakagami dalam satu kenyataan.
"Kini tiba masanya untuk bekerja lebih keras untuk bersedia bagi masa depan."
Dia kini berada di tangga ke-17 dalam kedudukan pelumba musim ini kerana Honda bergelut untuk bersaing dengan rentak yang ditetapkan oleh Ducati.
Nakagami akan bekerjasama dengan Johann Zarco musim depan selepas pelumba Perancis itu mengumumkan akan menyertai Honda-LCR dari Ducati-Pramac untuk 2024.
"Kami percaya sudah tiba masanya untuk terus berusaha, kerana dia adalah salah seorang yang paling berpengalaman dengan motosikal ini," kata prinsipal pasukan, Lucio Cecchinello.
"Kami akan memberikan yang terbaik untuk memperjuangkan kedudukan yang kami sasarkan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -hingga-tahun-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|