CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4102|Reply: 0

Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Untuk Panduan Solat Berjemaah Di Rumah

[Copy link]
Post time 4-10-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Untuk Panduan Solat Berjemaah Di Rumah

Salah satu kenikmatan bagi pasangan suami isteri adalah dapat mendirikan solat berjemaah bersama-sama di rumah. Mungkin bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga agak sedikit kekok untuk memulakannya kerana kurang faham cara kedudukan solat dan bacaan lafaz solat berjemaah. Artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda kedudukan solat suami isteri yang betul untuk dijadikan panduan.

Solat berjemaah bersama kuatkan rasa cinta suami isteri

Situasi yang berlaku hari ini kita boleh nampak sukarnya pasangan suami isteri melazimi solat berjemaah bersama-sama oleh kerana kesibukannya yang melanda diri setiap hari. Suami isteri sibuk bekerja, bila pulang ke rumah masing-masing sudah menghempas badan di katil. Belum lagi anak yang sedang merengek mintak perhatian di dapur.

Ini semua lumrah dan asam garam dalam rumah tangga. Biarpun apa yang berlaku, sebagai suami isteri kita amat digalakkan untuk sentiasa menjaga solat berjemaah bersama-sama.

Kesan dari solat ini boleh kita rasai sendiri dengan keberkatan dalam rumah tangga nanti. Solat ini menjadi penguat rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain.

Hukum solat berjemaah
Secara umumnya, hukum bagi solat berjemaah adalah fardhu kifayah iaitu wajib bagi sebahagian orang. Jika tidak ada seorang pun yang melaksanakan solat berjemaah maka seluruh kawasan atau satu kampung akan berdosa.

Ia juga merupakan sunat muakkad bagi setiap individu lelaki yang sudah akhil baligh dan bermuqim.

Lafaz solat berjemaah (solat fardhu)


Berikut adalah lafaz solat berjemaah sebagai posisi imam dan makmum bagi setiap solat fardhu.

Niat solat fardhu subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

Niat solat fardhu zohor
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala.”

Niat solat fardhu asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

Niat solat fardhu maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

Niat solat fardhu isyak
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

Kedudukan solat suami isteri dan saf dalam jemaah


Menurut Imam al-Nawawi, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarkan daripada hadis di atas. Antaranya, hadis di atas menjelaskan bahawa kedudukan orang perempuan adalah berdiri di belakang orang lelaki semasa menunaikan solat.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang mengatakan:


‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِ وَبِأُمِّهِ أَوْ خَالَتِهِ قَالَ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ وَأَقَامَ الْمَرْأَةَ خَلْفَنَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Kedudukan seorang makmum perempuan, hendaklah dia berdiri berbetulan di belakang imam lelaki. Jika berdiri selain di belakang imamnya, makruh lagi menghilangkan fadhilat berjemaah.

Ini bermakna, jika kedudukan makmum perempuan itu berada di belakang sisi kiri atau kanan, ia masih sah solat itu tetapi hukumnya adalah makruh. Namun jika terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan seperti berhadapan dengan masalah ruang yang sempit atau terhad untuk solat berjemaah, maka hukumnya tidak batal solat, tidak diharamkan bahkan tidak makruh.

Penjelasan ini dihuraikan panjang lebar menerusi Mufti Wilayah Persekutuan sendiri.


Kelebihan suami isteri solat berjemaah
Banyak sebenarnya kelebihan solat berjemaah. Antara yang paling popular menjadi perhatian orang adalah yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya : “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Tidak ada rumah tangga yang mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat selain rumah tangga yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis. Sebagai suami isteri, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menggapai redha Allah dan saling membantu memperelok diri.

Semoga dengan perkongsian mengenai kedudukan solat suami isteri ini dapat memberikan panduan solat berjemaah yang berguna di rumah demi keharmoniaan rumah tangga.

Sumber:https://bidadari.my/kedudukan-so ... e=1#google_vignette

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list