View: 6873|Reply: 0
|
Mufti paling sesuai jaga hal ehwal agama
[Copy link]
|
|
Mufti adalah ulama, iaitu pewaris Nabi, dan perlu amar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah.
Mufti paling sesuai jaga hal ehwal agama
MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini susulan pengumuman pelantikannya menyertai kabinet. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama disifatkan tepat memandangkan rakyat mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan politik, terutama membabitkan portfolio berkenaan.
Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-Quran), Manolito Mohd Dahlan, berkata jawatan menteri yang menjaga hal ehwal agama sepatutnya tidak bersifat partisan kerana ia perlu mewakili semua umat Islam negara ini.
“Rakyat inginkan menteri yang memiliki integriti dan bersih daripada sebarang skandal supaya dapat membimbing negara yang diredhai Allah SWT.
“Pelantikan Zulkifli dengan ketokohan dan keilmuannya sebagai seorang ilmuan Islam disegani, dilihat mampu menyelesaikan kemelut terutama hal berkaitan hukum agama, perundangan dan mentadbir urusan agama tanpa ada kepentingan dan tekanan parti,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.
Zulkifli hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara susulan pelantikan menyertai Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Ia mencatat sejarah tersendiri apabila Zulkifli menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.
Manolito yang turut mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Pembela Islam (SPI), berkata besar harapan untuk melihat isu sensitif terutama berkaitan agama dan kaum dapat ditangani secara bijaksana.
“Majoriti rakyat di negara ini beragama Islam dan walaupun agama lain juga diberi hak yang sewajarnya, tetapi tidak seharusnya berlaku penindasan atau menampakkan ia dikuasai.
“Saya juga mengharapkan menteri agama fokus kepada institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Mufti, Majlis Agama, sekolah agama rakyat dan pembangunan maahad tahfiz serta pondok.
“Selain mengharapkan isu utama umat Islam termasuk akidah, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kemiskinan, akhlak umat islam dan isu hubungan di antara kaum dapat diselesaikan secara tuntas,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) Selangor dan Mudir Darul Ulum Az Zahra, Mohd Dailami Che Age, berkata pelantikan menteri agama pertama daripada kalangan mufti yang tidak berparti, disambut baik kerana ia bersih daripada sebarang pengaruh politik dalaman.
“Beliau terkenal dengan sikap yang adil dan tinggi nilai toleransinya. Diharap ia dapat memacu negara yang majmuk ke arah yang keharmonian dan mampu menyatukan umat Islam di bawah satu payung perpaduan dan kesejahteraan.
“Zulkifli juga dikenali sebagai seorang yang sangat cermat dalam metodologi keilmuannya. Hal ini sebenarnya satu kekuatan kepada keperibadian beliau, walaupun sering disalah erti sehingga digelar dengan pelbagai label yang mengelirukan,” katanya.
Mohd Dailami turut berharap pelantikan Zulkifli ini turut memberi sinar baharu bagi memartabatkan institusi tahfiz dalam negara di tempat yang selayaknya.
“Kami berharap Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan Majlis Tahfiz Negara (MTN) dapat diberikan perhatian dan dilaksanakan segera oleh kerajaan.
“Ia penting bagi memartabatkan institusi tahfiz dengan turut mengambil kira pandangan akar umbi,” katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... aga-hal-ehwal-agama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|