Ernie Zakri pernah berniat mahu mengundurkan diri daripada industri seni namun dihalang oleh ibunya.
Ernie mengakui hampir putus asa kerana pertaruhannya dalam bidang seni tidak mendapat tempat suatu ketika dahulu.
Foto: IG
"Memang ketika itu keputusan yang sangat muktamad, kalau boleh saya langsung tak nak berdiri di atas pentas. Pada masa itu, saya sudah lapan tahun dalam industri, rasanya sudah hampir 20 lagu ketika itu namun masih tidak diterima.
"Saya penuh dengan perasaan marah dan tidak boleh terima serta hilang rasa percaya pada diri sendiri. Malah, saya rasakan diri juga tidak bagus kerana ditolak berkali-kali.
"Sekali gus membuatkan saya rasa seperti tidak layak untuk berada dalam industri ketika itu. Namun, saya bersyukur kerana ibu saya menjadi penguat semangat dan meminta saya untuk tidak berhenti.
"Malah, ibu juga meminta saya meneruskan apa yang saya minat. Tegasnya, apa yang berlaku berbalik pada rezeki. Apabila direnungkan semula, saya bersyukur kerana mendengar kata ibu saya. Kalau tidak, mungkin saya tidak berada di sini sehingga ke hari ini," katanya kepada Harian Metro.
Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album berkenaan adalah Aura, Masing-Masing, The Best, Jangan Hilang Percaya, Satu Cinta dan banyak lagi.
Kata isteri kepada penyanyi Syamel itu, sepanjang tempoh lapan tahun berkenaan, dia telah mengeluarkan hampir 20 buah lagu namun masih gagal diterima sebagai seorang penyanyi.
"Kalau diikutkan saya sudah bermula sejak tahun 2009 dan tampil dengan album pertama pada tahun 2011. Jadi, Aura diibaratkan seperti album kedua saya.
"Sepanjang 12 dan 13 tahun itu, pelbagai kepayahan yang telah saya tempuhi untuk menjadi Ernie Zakri seperti hari ini. Saya menggunakan kembali emosi yang pernah saya lalui itu diterjemahkan dalam lagu," katanya. -CARI
meols tengok masa zaman sheols menang bintang rtm dulu...lepas tu memang sendu sebab takda aura. Nama naik lepas menang vokal AJL duet dengan shemale. Masa duo kat astro tu sendu lagi.
Aku mmg tak pernah kenal dia ni until yg duo tu
Tu pun baca gitu2 je sbb x nonton pun rancangan tu
Kat final AJL tu baru ku kenal betul2 sheols ni
Dia ni X factor x ada, so mmg slow sikit lah nak di recognise dlm industri
Post time 25-10-2023 07:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iols suka she masa final bintang rtm kira dia nyanyi lagu Cahaya KD time tu sedaplah... lepas menang bintang rtm terus buat album dgn FMC.. senduuu... imej masa tu pn mcm kakak2 tua...kesian jgk dgn she knp x naik2 even pernah ganti kak mitch dlm Hitz 1 cinta adam dan hawa, teruk jgk kna kecam org banding dia dgn kak mitch... lepas she abis blajar uitm kot vokal byk improve dgn teknik segala bagai... walau begituuu now pn i rasa she x setanding pn dgn diva2 ballad zaman dulu.. kira kalau nk buat comparison sheols hanya level2 liza hanim, anis suraya je lah kalau zaman dulukala
Post time 25-10-2023 07:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
1st kenal dia sbb dedulu dia ada dtg bt utk show kt ukm, dia nyanyi lagu phantom of the opera, mmg goosebump.. time dia mmg sendu, google nama dia baru tahu dia menang bintang rtm dgn anak sedara zain..
dia punya sendu smpai dia pernah kuar statement nk berhenti nyanyi, nk fokus sambung bljr dan jadi pensyarah… tgk2 lps tu terus mendunia lps ajl aku cinta..
iols start kenal sheols masa ada isu dengan dikqieqie...
suara sheols okla sedap jenis tone terang gitu... tapi kalau sheols tarik mcm penyanyi2 lain jugak terpejam2 mata... struggle benoooor
Post time 26-10-2023 07:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
MistrezHermanaz replied at 25-10-2023 04:50 PM
ye dia naik lepas perform kt ajl, lagu aku cinta tu mmg best..konsep masa ajl tu pun best, cantik ba ...
That's why org ckp..Artis baru nak menyerlah breakaway dlm industry nyanyian nih kena mask ajl dan perform all out utk peminat notice..
Aina, Marsha pun lepas bertanding dlm ajl, baru tambah lebih byk peminat ..
Malaysia ada byk penyanyi berkualiti..tapi nak break the ice tu dan penetrate dlm market agak susah tapi not impossible..
Next retis aishah retno tu kalau dpt masuk final ajl dan perform well..mmg akan boom
Post time 4-11-2023 05:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iols kenal dia ni sbg anak sedara ziana zain
wpun org ckp suara sedap lagu best...iols cannot go (i dgr satu lagu je lupa tajuk xsedap ditelinga iols) dgn dia kecuali lagu duet dgn lakinya tu kot.