Cef dan juga penyanyi, Fazley Yaakob menafikan khabar angin yang mendakwa hubungan persahabatannya dengan Imran Ajmain sedang bermasalah.
Pemilik nama sebenar, Ahmad Fadzli Yaakob menegaskan bahawa hubungannya dengan Imran dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Difahamkan Imran pulang ke Singapura adalah untuk menjaga ibunya selain mendapat tawaran kerja yang lebih baik di sana.
"Tak ada masalah. Saya jarang ada masalah dengan orang.
"Imran Ajmain merupakan kita punya creative director sebelum ini dan merupakan anak angkat kepada kedua ibu bapa saya. Kita dapat tahu bahawa 9 bersendirian di Singapura dan Imran juga mendapat peluang menjadi pengarah di sebuah institusi muzik di sana," kata Fazley.
Menurut Fazley, Imran ada bertanyakan pendapat dan nasihat kepadanya serta keluarga berhubung tawaran kerja yang diterima.
"Dia ada bertanyakan kepada saya dan keluarga, apa yang patut dia lakukan. "Saya kata kepadanya, keluarga adalah keutamaan. Jadi dia balik ke Singapura untuk jaga ibunya yang semakin berusia dan menerima pelawaan untuk memegang jawatan itu" katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Asmara Ini berkata Imran masih lagi meneruskan komitmen kerja walaupun mereka hanya berinteraksi secara atas talian.
"Kami ada team yang telah dilantik oleh Imran, saya ada enam ke tujuh orang. Imran pun masih ‘hands on’ tugas, kiranya masih bekerja secara maya. Jika ada sebarang masalah kami akan berhubung di email atau WhatsApp group.
"Saya menganggap saya meminjamkan dia, nanti bila dia sudah selesai tugasannya di sana dia akan kembali ke Suka Sucre insyaAllah," ujarnya.
Sumber: Oh Bulan
|