|
Reply 40# kompia23
Kesilapan penterjemahan bukan kesilapan alkitab. Contoh, saya salin nota guru 100% betul. Abu salin tetapi 99.9% betul. Adakah ia bermakna nota guru takde? Adakah ia bermakna nota guru semuanya silap kerana kesilapan Abu? Gunakan otak saudara tu.
Then tunjukkan autgraphnya untuk membuktikan kesilapan penterjemahan bukan kesilapan bible.
Mari saya permudahkan untuk kamu.
Jika kamu salin nota cikgu daripada satu salinan lain, bukan daripada nota tulisan cikgu itu. (Jika manuskript terkemudian disalin daripada manuskript pertama),
maka jika salinan lain itu tidak seperti nota tulisan cikgu, ( maka jika manuskript pertama itu tidak seperti catatan pada autographnya)
maka yang kamu salin itu amat berbeza dibandingkan dengan nota tulisan cikgu itu ( maka manuskript-manuskript terkemudian itu amat berbeza jika dibandingkan dengan autographnya)
Faham keadaan sekarang?
Simple.
Pergi belajar sejarah penulisan buku suci saudara tu. Yg saya dah bagi dlm web link tu.
Dah lama dah saya belajar sejarah penulisan al-Quran.
Apa yg saudara buktikan adalah kesilapan dlm penterjemahan yg sudah kami lama tahu.
Bermakna unsur-unsur kesalahan telah tertimpa ke atas bible itu. Then dengan ketiadaan autographnya, menyebabkan bible itu hanya tinggal sebagai buku catatan yang tiada kepastian isi kandungannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin saya perbetulkan sedikit contoh saudara tu. Guru ada nota. Dia tulis kat papan hitam suruh murid salin. Ada 1000 murid salin. Semua murid salin dgn baik tetapi kerana panjang salinan ada sekelintir silap salin. Ada 2000 murid kelas lain nak salin. Dan mereka pun salin dari salinan murid pertama tu. Lepas tu, guru hilangkan notanya. Murid-murid pun berbanding nota mereka dan mendapat ada sedikit kesilapan wujud. Dua versi dlm beberapa ayat daripada ratusan ribu ayat yg disalin. Guru ada dan terus memberitahu murid-murid nota itu betul dgn mempraktikan apa yg dikatakannya. Tetapi dtg satu nota yg langsung berlainan dgn ribuan salinan tu dan katakan ia adalah dari guru.
Saudara faham ke?
Bermakna unsur-unsur kesalahan telah tertimpa ke atas bible itu. Then dengan ketiadaan autographnya, menyebabkan bible itu hanya tinggal sebagai buku catatan yang tiada kepastian isi kandungannya.
Tunjukkan yg asli dan kita akan bincang dari sana.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 42# kompia23
Mungkin saya perbetulkan sedikit contoh saudara tu. Guru ada nota. Dia tulis kat papan hitam suruh murid salin. Ada 1000 murid salin. Semua murid salin dgn baik tetapi kerana panjang salinan ada sekelintir silap salin. Ada 2000 murid kelas lain nak salin. Dan mereka pun salin dari salinan murid pertama tu. Lepas tu, guru hilangkan notanya. Murid-murid pun berbanding nota mereka dan mendapat ada sedikit kesilapan wujud. Dua versi dlm beberapa ayat daripada ratusan ribu ayat yg disalin. Guru ada dan terus memberitahu murid-murid nota itu betul dgn mempraktikan apa yg dikatakannya. Tetapi dtg satu nota yg langsung berlainan dgn ribuan salinan tu dan katakan ia adalah dari guru.
Saudara faham ke?
Itu jika murid-murid itu salin dengan baik. Tetapi jika murid-murid tu tidak salin dengan baik, maka macam mana?
Itu juga jika 1000 murid salin terus daripada nota guru di papan hitam itu. Tetapi jika hanya 1 org murid salin nota guru di papan hitam, dan 1 murid tersebut melakukan kesalahan penyalinan, dan selepas tu guru berkenaan padamkan notanya di papan hitam itu, dan seterusnya 999 org murid lagi menulis pula nota guru itu dengan bersumberkan salinan 1 murid itu tadi, maka kesalahan yang dilakukan oleh 1 murid itu akan terus diwarisi oleh 999 org murid yang lain. So macam mana?
Justeru kita tidak tahu kes yang macam mana yang tertimpa ke atas bible itu, sama ada kes seperti yang kamu gambarkan atau kes seperti yang saya gambarkan itu. Justeru sebab itu saya mengatakan bahawa bible itu berstatus tiada kepastian. Sebab itulah kita perlukan autographnya yang asli untuk menentukan keadaan manuskript bible itu. Dan dengan tiadanya autographnya yang asli itu, maka sampai bila-bila kelompok kristian hanya bersangka-sangka berkenaan dengan bible mereka.
Kamu faham ker?
Tunjukkan yg asli dan kita akan bincang dari sana.
Tujuan saya bukan untuk tunjukan yang aslinya. Tujuan saya adalah untuk menunjukkan telah wujud kesalahan dalam bible, dan untuk menunjukkan bible itu sudah tidak terhindar daripada kesalahan. Then tanggungjawab kamu untuk tunjukkan yang aslinya untuk menafikan dakwaan saya itu. Tiada? Then tiada alasan untuk mengatakan dakwaan saya itu salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu jika murid-murid itu salin dengan baik. Tetapi jika murid-murid tu tidak salin dengan baik, maka macam mana?
Pernah ke saudara lihat, murid-murid bila disuruh salin, dgn sengaja salin tak betul??
seterusnya 999 org murid lagi menulis pula nota guru itu dengan bersumberkan salinan 1 murid itu tadi, maka kesalahan yang dilakukan oleh 1 murid itu akan terus diwarisi oleh 999 org murid yang lain. So macam mana?
Betul tu, berapa byk kesilapan yg boleh dibuat oleh murid satu tu?? Dan adakah kesilapan murid itu adalah itu kesilapan guru?? Kena kena ingat, masa tu, guru ada. Dia boleh lihat dan periksa. Kan??
Dan dengan tiadanya autographnya yang asli itu, maka sampai bila-bila kelompok kristian hanya bersangka-sangka berkenaan dengan bible mereka.
Bagi kami, kerana masa tu, umat Yahudi amat mementingkan Firman Tuhan, maka mereka tu pelajar-pelajar yg baik. Salin dgn baik. Sbb tu cuma silap sikit je, yg difahami.
Tujuan saya bukan untuk tunjukan yang aslinya.
Kalau bukan tu buat apa ulang kat semua thread, minta yg asli. Pelik lah saudara ini.
Tujuan saya adalah untuk menunjukkan telah wujud kesalahan dalam bible, dan untuk menunjukkan bible itu sudah tidak terhindar daripada kesalahan.
Hmm.. patutlah saudara tak terima langsung penjelasan kami. Bab tujuan saudara bukan nak tanya soalan tapi nak memaksa kami terima pendapat saudara tu. Hello, ini forum utk tanya soalan yg tak faham ttg ajaran Kristian, bukan nak berdakwah ooooiii...
Dan kalau saudara nak kata alkitab tu tak betul bagi dulu yg buktikan dulu yg asal tu tak sama dgn yg sekrg. Baru kita dpt bincang. Kalau takde, itu andaian saudara.
Fikirkan.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 44# kompia23
Pernah ke saudara lihat, murid-murid bila disuruh salin, dgn sengaja salin tak betul??
Jika budak-budak sekolah, memang tak ada lah. Tetapi jika seseorg yang sengaja menyalin tak betul untuk memalsukan dokumen memang selalu saya dengar.
Betul tu, berapa byk kesilapan yg boleh dibuat oleh murid satu tu?? Dan adakah kesilapan murid itu adalah itu kesilapan guru?? Kena kena ingat, masa tu, guru ada. Dia boleh lihat dan periksa. Kan??
Berapa bnyk kesilapan yg boleh dibuat oleh satu murd itu? Tak tahu. Justeru tiada kepastian. Kesilapan murid itu bukannya kesilapan guru. Justeru itulah nota guru itu diperlukan semula untuk menentukan tahap kesahihan salinan oleh satu murid itu tadi. Yes, jika masa tu guru ada, dia boleh lihat semula. Tetapi kalau gurunya sudah tiada, macam mana? Justeru tiada kepastian.
So begitu juga dalam kes bible. Iaitu tiada kepastian.
Bagi kami, kerana masa tu, umat Yahudi amat mementingkan Firman Tuhan, maka mereka tu pelajar-pelajar yg baik. Salin dgn baik. Sbb tu cuma silap sikit je, yg difahami.
Yes, itu sangkaan kamu. Tapi betul-betulnya kita tak tahu apakah benar mereka itu pelajar yang baik atau sebaliknya. Justeru itulah saya tegaskan bible itu tiada kepastian.
Kalau bukan tu buat apa ulang kat semua thread, minta yg asli. Pelik lah saudara ini.
Supaya kita semua boleh menyelidiki dengan baik dan jujur status sebenar bible itu sebelum kita mendiskusikan sesuatu yang dikutip dalam bible berkenaan. Sebelumkita semua mendiskusikansesuatu, maka kita harus menentukan status sesuatu itu terlebih dahulu. Sebagai contoh text menyebut "Malaysia merdeka pada tahun 1940". Kamu mahu mendiskusikan sesuatu perkara seperti itu tanpa menyelidiki status perkara itu terlebih dahulu?
- Hmm.. patutlah saudara tak terima langsung penjelasan kami. Bab tujuan saudara bukan nak tanya soalan tapi nak memaksa kami terima pendapat saudara tu. Hello, ini forum utk tanya soalan yg tak faham ttg ajaran Kristian, bukan nak berdakwah ooooiii...
- Dan kalau saudara nak kata alkitab tu tak betul bagi dulu yg buktikan dulu yg asal tu tak sama dgn yg sekrg. Baru kita dpt bincang. Kalau takde, itu andaian saudara.
Copy the Code
Then saya membuka peluang kepada kamu dan kelompok kristian lainnya untuk membuktikan apa yang saya tunjukkan itu sebagai satu kesalahan. Justeru jika kamu mampu membuktikan dengan pasti apa yg saya tunjukkan itu sebagai satu kesalahan maka saya dgn tidak segan silu akan mengakuinya sebagai satu kesalahan. Contohnya beberapa hari dulu bila mana saya mempersoalkan berkenaan jumlah tentera yang dari Judah, bila saya dapati kepastiannya tiada wujudnya 2 versi bagi ayat berkenaan, maka pada masa itu saya mengakuinya bahawa kedua-dua versi bible itu menceritakan perkara yang sama.
So di sini isunya adalah ketidakmampuan kamu untuk membuktikan dengan penuh kepastian akan apa yang saya paparkan itu sebagai salah. Justeru jangan salahkan org lain atas ketidakmampuan kamu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi jika seseorg yang sengaja menyalin tak betul untuk memalsukan dokumen memang selalu saya dengar.
Yg saya dengar tu. Kalau guru nampak salinan tak betul. Terus dibuang dan disuruh salin semula. Jadi, kesilapan sangat sedikit. Yg memalsukan pun takde sebab terlalu sukar kerana semua salinan ini disebarkan ke merata rata. Kalau dipalsukan pun, cuma ada satu yg salah. Tetapi kita boleh lihat semua salinan adalah sama. Kena ingat, buku-buku tidak dikumpulkan sehingga ribuan tahun sesudah itu.
Justeru itulah nota guru itu diperlukan semula untuk menentukan tahap kesahihan salinan oleh satu murid itu tadi.
Pelik dah cakap, nota guru hilang dah. Yg ada gurunya sendiri. Maka, guru akan menjaga supaya salinan yg ada tidak silap.
So begitu juga dalam kes bible. Iaitu tiada kepastian.
Buku alkitab ditulis masa zaman rasul. Masa tu ada rasul utk melihat sama ada ia betul atau tidak. Wujud byk murid Yesus ada masa tu. Takkan tiada satupun tahu alkitab diubah.. Maknanya saudara bertepuk sebelah tangan je.
Tapi betul-betulnya kita tak tahu apakah benar mereka itu pelajar yang baik atau sebaliknya. Justeru itulah saya tegaskan bible itu tiada kepastian.
Kenapa mereka tidak? Mereka adalah satu bani Israel yg diamanahkan cuma utk menjaga Firman Tuhan. Dan Firman ini dibacakan dlm bait Tuhan termasuk oleh Yesus.
Sebelumkita semua mendiskusikansesuatu, maka kita harus menentukan status sesuatu itu terlebih dahulu. Sebagai contoh text menyebut "Malaysia merdeka pada tahun 1940". Kamu mahu mendiskusikan sesuatu perkara seperti itu tanpa menyelidiki status perkara itu terlebih dahulu?
Ya, saya akan rujuk buku sejarah. Tetapi buku sejarah bukan buku asal kerana yg asal dah hilang lupuk ditelan masa. Yg ada salinannya yg banyak tu yg menyatakan benda yg sama. Itu yg dirujuk. Bukankah ini sama dgn alkitab.
Then saya membuka peluang kepada kamu dan kelompok kristian lainnya untuk membuktikan apa yang saya tunjukkan itu sebagai satu kesalahan.
Dah tunjukkan dari alkitab kami tetapi saudara tak terima katakan tidak ada kepastian. Maka, saudara tunjukkan yg alkitab asli utk buktikan kata2 saudara tu.
So di sini isunya adalah ketidakmampuan kamu untuk membuktikan dengan penuh kepastian akan apa yang saya paparkan itu sebagai salah. Justeru jangan salahkan org lain atas ketidakmampuan kamu itu.
Pelik betul. Saya tak mampu jawab? Dah jawab dah pun kata belum jawab. Sebab saudara yg tentukan jawapan yg saudara nak. ishk ishk ishk....
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# kompia23
Yg saya dengar tu. Kalau guru nampak salinan tak betul. Terus dibuang dan disuruh salin semula. Jadi, kesilapan sangat sedikit. Yg memalsukan pun takde sebab terlalu sukar kerana semua salinan ini disebarkan ke merata rata. Kalau dipalsukan pun, cuma ada satu yg salah. Tetapi kita boleh lihat semua salinan adalah sama. Kena ingat, buku-buku tidak dikumpulkan sehingga ribuan tahun sesudah itu.
Itu kalau gurunya ada. kalau gurunya tak der, so tak tahulah apa yang berlaku. tiada kepastian.
so kamu hanya bergantung pada "kalau".
Pelik dah cakap, nota guru hilang dah. Yg ada gurunya sendiri. Maka, guru akan menjaga supaya salinan yg ada tidak silap.
itu kalau gurunya ada. kalau gurunya tak ada? So tak pasti lah apa akan jadi.
Buku alkitab ditulis masa zaman rasul. Masa tu ada rasul utk melihat sama ada ia betul atau tidak. Wujud byk murid Yesus ada masa tu. Takkan tiada satupun tahu alkitab diubah.. Maknanya saudara bertepuk sebelah tangan je.
apabila semua autograph itu dikumpulkan bersama, itu menjelaskan pada masa itu penulis autographnya sudah tiada. Jika penulis autogaphnya ada sudah tentu autographnya itu di simpan oleh mereka. Bila penulis autograph itu dah tiada, then autograph itu terjatuh pada satu individu atau satu golongan untuk digabungkan menjadi satu bible. kita lihat sendiri, jika Lukas masih ada, then sudah tentu dapat dipastikan yang mana satu sebenarnya yang ditulis oleh Lukas pada ayat 3:33 itu. But Lukas sudah tiada, then 2 versi Lukas 3:33 itu tidak dapat dipastikan.
Justeru saya tidak bertepuk sebelah tangan.
Sebaliknya kamu saya lihat masih terus bersangka-sangka. Contohnya, dari mana kamu rujuk untuk mempastikan rasul melihat manuskript bible itu? mana dokumen yang menyebut ketika itu bnyk murid Jesus? Berapa org? Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.
Kenapa mereka tidak? Mereka adalah satu bani Israel yg diamanahkan cuma utk menjaga Firman Tuhan. Dan Firman ini dibacakan dlm bait Tuhan termasuk oleh Yesus.
saya tak kata mereka bukan pelajar yang baik. Saya kata tak pasti mereka pelajar yang baik atau tak. Kerana kita tak tahu, tiada dokumen yang pasti yang dapat kita jadikan rujukan. Yes, mereka adaah bani israel yang diamanahkan untuk menjaga firman Tuhan. But hakikatnya kita tak tahu apakah mereka benar-benar jaga firman Tuhan itu atau tak. Lihat sendiri, bangsa yahudi itu tidak pernah menerima ajaran Jesus. Di mana keserasian ajaran imam besar ketika itu dengan ajaran Jesus? lihat di bawah
John 18: 19-23
Maka mulailah Imam Besar menanyai Yesus tentang murid-murid-Nya dan tentang ajaran-Nya.
Jawab Yesus kepadanya: /"Aku berbicara terus terang kepada dunia: Aku selalu mengajar di rumah-rumah ibadat dan di Bait Allah, tempat semua orang Yahudi berkumpul; Aku tidak pernah berbicara sembunyi-sembunyi.*
Mengapakah engkau menanyai Aku? Tanyailah mereka, yang telah mendengar apa yang Kukatakan kepada mereka; sungguh, mereka tahu apa yang telah Kukatakan."*
Ketika Ia mengatakan hal itu, seorang penjaga yang berdiri di situ, menampar muka-Nya sambil berkata: "Begitukah jawab-Mu kepada Imam Besar?"
Jawab Yesus kepadanya: /"Jikalau kata-Ku itu salah, tunjukkanlah salahnya, tetapi jikalau kata-Ku itu benar, mengapakah engkau menampar Aku?"*
John 18: 35
Kata Pilatus: "Apakah aku seorang Yahudi? Bangsa-Mu sendiri dan imam-imam kepala yang telah menyerahkan Engkau kepadaku; apakah yang telah Engkau perbuat?"
John 18: 38-40
Kata Pilatus kepada-Nya: "Apakah kebenaran itu?" (18-38b) Sesudah mengatakan demikian, keluarlah Pilatus lagi mendapatkan orang-orang Yahudi dan berkata kepada mereka: "Aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya.
Tetapi pada kamu ada kebiasaan, bahwa pada Paskah aku membebaskan seorang bagimu. Maukah kamu, supaya aku membebaskan raja orang Yahudi bagimu?"
Mereka berteriak pula: "Jangan Dia, melainkan Barabas!" Barabas adalah seorang penyamun.
semua itu menjelaskan hubungan yang tak baik antara Jesus dengan imam besar yahudi.
Ada lagi.
John 19:6
Ketika imam-imam kepala dan penjaga-penjaga itu melihat Dia, berteriaklah mereka: "Salibkan Dia, salibkan Dia!" Kata Pilatus kepada mereka: "Ambil Dia dan salibkan Dia; sebab aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya."
Ya, saya akan rujuk buku sejarah. Tetapi buku sejarah bukan buku asal kerana yg asal dah hilang lupuk ditelan masa. Yg ada salinannya yg banyak tu yg menyatakan benda yg sama. Itu yg dirujuk. Bukankah ini sama dgn alkitab.
Jika sama then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan bible itu sama dengan autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.
Dah tunjukkan dari alkitab kami tetapi saudara tak terima katakan tidak ada kepastian. Maka, saudara tunjukkan yg alkitab asli utk buktikan kata2 saudara tu.
Then buktikan dulu apa yang kamu tunjuk dari bible kamu itu masih sahih dan menyamai autographnya. tunjukkan autographnya untuk pembuktian. Jika hanya tunjuk berdasarkan sangkaan, no wonderlah, bible kamu sendiri menafikan apa yg kamu tunjukkan itu.
Pelik betul. Saya tak mampu jawab? Dah jawab dah pun kata belum jawab. Sebab saudara yg tentukan jawapan yg saudara nak. ishk ishk ishk....
Yang dijawab hanyalah jawapan yang berbentuk sangkaan. Jawapan yang bersifat kepastian? Tiada! Ini dibuktikan dengan bible kamu sendiri tidak menerima jawapan kamu.
Justeru saya tak pernah menentukan jawapannya bagi setiap persoalan saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kalau gurunya ada. kalau gurunya tak der, so tak tahulah apa yang berlaku. tiada kepastian.
Yg pertama tu, gurunya ada aka rasul-rasul kan ada, maka tiada masalahnya. Tetapi yg peliknya mereka semua sama.
Jika penulis autogaphnya ada sudah tentu autographnya itu di simpan oleh mereka. Bila penulis autograph itu dah tiada, then autograph itu terjatuh pada satu individu atau satu golongan untuk digabungkan menjadi satu bible.
Bila penulis tulis buku ini, mereka tidak pegang kepadanya. Mereka bagi kepada org lain utk baca. Itu sebabnya Kristian boleh disebarkan. Buat apa tulis, kemudian syok kumpul sendiri... Peliklah saudara ni. Kumpulan yg mengumpulkan semua ini adalah generasi yg seterusnya bukan para rasul lagi. Tetapi mereka tidak mengubah apa-apa pun. Sebab tu, manuskrip boleh dikesan sehingga ke zaman itu. Lagipun, siapa yg nak buang masa pergi tukar manuskrip masa tu. Bahan manuskrip mahal bukan murah seperti saudara boleh beli kat kedai runcit.
Justeru saya tidak bertepuk sebelah tangan.
Maka buktikan dakwaan saudara yg kedua versi itu tidak sama dgn yg asal. Dapat???
Sebaliknya kamu saya lihat masih terus bersangka-sangka. Contohnya, dari mana kamu rujuk untuk mempastikan rasul melihat manuskript bible itu?
Lupakah saudara ayat yg saya beri dalam wahyu...
Wahyu 22:18-19
18 Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: "Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang tertulis di dalam kitab ini. 19 Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."
Ini adalah Firman Tuhan, maka siapa dlm mindanya yg betul berani tukar Firman Tuhan???
semua itu menjelaskan hubungan yang tak baik antara Jesus dengan imam besar yahudi.
Makin saudara katakan dari alkitab, makin saya tahu kecetekan saudara dlm memahami alkitab. Imam besar masa tu menjaga buku Taurat je. Buku Injil diberi oleh Yesus kepada rasulnya. Itu tak tahu???
Tak tahukah saudara masa Yesus tu, perjanjian lama sudah ada??
Jika sama then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan bible itu sama dengan autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu. Then buktikan dulu apa yang kamu tunjuk dari bible kamu itu masih sahih dan menyamai autographnya. tunjukkan autographnya untuk pembuktian. Jika hanya tunjuk berdasarkan sangkaan, no wonderlah, bible kamu sendiri menafikan apa yg kamu tunjukkan itu.
Salinan semuanya sama. Maka, ianya sama. Saudara buktikanlah yg ia tak sama. Saya kata tiada perbezaan yg diterima semua org. Tiba-tiba saudara mungkin katakan tidak. Patutkah saya yg menyatakan ia benar atau saudara yg membuktikannya tidak? Rasanya dlm mana mana mahkamah pun, saudara yg kena buktikan dakwaan saudara tu. Jadi, buktikanlah.
Soalan yg berulang-ulang diberinya. nak saya lapor kat MOD ke??
Justeru saya tak pernah menentukan jawapannya bagi setiap persoalan saya.
Siapa yg kata alkitab tidak menerima jawapan saya? Saudara kan. Alkitab ada berkata sedemikian?? Takde sebab ianya buku. Tetapi saudara sebagai manusia yg boleh berkata, dan ianya dtg dari mulut saudara. Maka, sebagaimana saya katakan saudara yg tentukan soalan dan jawapan. Itu hakikat.
sekian. |
|
|
|
|
|
|
| |
|