View: 2403|Reply: 7
|
Teruk Dikecam Tak Jaga Batas, Afieq Shazwan Murung, "Fasha Sandha Kata Jangan Baca Komen"
[Copy link]
|
|
Afieq Shazwan ‘down’ selepas dikecam memuat naik beberapa gambar adegan mesra bersama Fasha Sandha di Instagram (IG) baru-baru ini.
Afieq kata dia juga pernah terfikir untuk tidak lagi menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas ini.
Foto: IG
"Adalah juga saya rasa macam tu sampaikan saya cakap dengan pengurus saya, ‘Dah lah bang, saya tak nak berlakon dah lah’.
"Sebab waktu itu saya rasa ‘down’ sekejap tetapi itulah bidang seni. Apa yang saya boleh katakan sekarang ni saya memilih sikit untuk lakonkan sesuatu babak tu.
"Bukan sebab saya ni bagus ke apa cuma saya takut benda-benda yang sensitif seperti ini berlaku lagi," katanya seperti dipetik di OhBulan.
Walaupun mengetahui komen serta kecaman yang dilemparkan ke atasnya namun Afieq memilih untuk tidak membaca kata-kata netizen tersebut.
Tambah Afieq, dia juga perlu mengambil masa kurang lebih seminggu untuk meredakan rasa murung yang dihadapinya ekoran kecaman tersebut.
"Sejujurnya saya tak baca komen sebab saya agak murung. Memang saya agak murung ketika itu dan saya perlu mengambil masa dalam seminggu macam tu untuk redakan rasa itu.
"Sampaikan saya cakap pada diri saya, ‘Ya Allah salah sangat ke apa aku buat ni kan?’. Tetapi saya akui apa yang saya buat itu memang salah. Salah tetap salah.
"Saya pun berbincang semula dengan Kak Fasha dan dia pesan pada saya, ‘Kalau tak nak kacau mood serta mental kita ni jangan baca komen-komen itu’.
"Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak membaca komen-komen tersebut." -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kamu ni dek....suara mantop dah
berlakon pun tidak kayu
cari la lagu2 yg best,dan pilih2 la skrip yg berkualiti sikit ok...
good luck |
|
|
|
|
|
|
|
Hah elok lah tu hidup dalam penafian
Taknak baca komen takut teguran orang
Lepastu selamanya dalam maksiat..
#donemoodsetajah |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tengok cerita yg dia berlakon dengan Fasha t.. tengok gambar2 org post je.. itu pon dah rasa mcm.. eeuuuww..
entah.. mcm tak sesuai kot.. muka baik2.. takde gossip pelik2.. kira nampak imej budak baikla. tetiba berlakon watak camtu.. pegang2 peluk2 bini orang seksi2 segala.. turned off la.
next time cari cerita elok sket dek... watak tu biar bermaruah sket |
|
|
|
|
|
|
|
tu la silap pilih pelakon lelaki..kalau merqeen ke herlok la sikit..haha |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 7-11-2023 02:56 PM
tu la silap pilih pelakon lelaki..kalau merqeen ke herlok la sikit..haha
Kenn...ini mcm kanak2 sekolah menengah...ewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
pelik lar sifu awak tu
dia sendiri melayan dan membaca semua komen2 org hentam dia
siap kata laki dia tak marah pun org nak ramas2 bini dia
awak tu muda lagi dik
bina nama slow2, tak perlu terjun dlm kancah kontrobasi demi nak cepat naik
apa cerita dgn cougar bagai, muka desa juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak leak video cikcap heshe |
|
|
|
|
|
|
| |
|