View: 804|Reply: 0
|
XPDC Tak Memilih Tawaran Nyanyian, Terima ‘Show’ Di Tapak Karnival
[Copy link]
|
|
Status sebagai artis legenda bukanlah syarat untuk memilih tawaran nyanyian, pemain bass XPDC iaitu Zuar mendedahkan kumpulannya itu tidak menolak menerima sebarang tawaran persembahan.
Zuar atau nama sebenar Azuar Md Tasi, 57, berkata, mereka masih lagi aktif membuat persembahan setiap minggu termasuk menyanyi di tapak karnival.
Jelas Zuar, kumpulannya itu sudah menganggap kerjaya nyanyian sebagai pekerjaan untuk mendapatkan sumber pendapatan.
"Kami tidak memilih tawaran nyanyian yang diberikan. Dari dulu lagi kami ni jenis friendly.
"ada kami muzik ini sudah menjadi pekerjaan, kalau nak tunggu konsert setahun sekali, kami nak makan apa?
"Sekarang kami bukan lagi raja funfair tapi jadi raja karnival," katanya kepada mStar.
Zuar berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Search Voyage Of Asia Edisi Selatan 2023 yang diadakan di Atria Shopping Gallery, Damansara pada Selasa.
Dalam pada itu, Zuar berkata aktiviti menyanyi di karnival sebagai salah satu cara untuk mereka membantu peniaga menarik pengunjung.
Kata Zuar, dengan kehadiran artis yang membuat persembahan sedikit sebanyak menambah bilangan pengunjung yang hadir memeriahkan karnival tersebut.
"Dengan membuat persembahan di karnival sedikit sebanyak dapat membantu peniaga disini untuk menarik pengunjung.
"Setakat ini feedback yang kami terima ramai peniaga cakap memang laku jualan mereka.
“Malah kedai mamak di sekeliling kawasan yang tak bayar tapak pun turut laku disebabkan ramainya pengunjung, jadi kami harap ini juga salah satu cara untuk membantu peniaga Melayu,” ujarnya.
Mengulas lanjut tentang kehadiran vokalis baharu XPDC Kita Peng Yu iaitu Ary yang menggantikan Mael XPDC atau Syed Ismail Syed Ibrahim, Zuar mengakui keserasian antara mereka sudah wujud sebelum Mael meninggal dunia lagi.
Kata Zuar, Ary sudah melakukan persembahan bersama XPDC sejak beberapa tahun lalu dan turut menjadi vokalis pengganti sekiranya Mael mengalami masalah kesihatan.
“Alhamdulillah sebenarnya Ary memang sudah serasi dengan kami.
“Sejak arwah Mael masih ada lagi kalau Mael tak dapat buat persembahan memang kami akan undang Ary sebagai penyanyi.
“Sejak beberapa tahun lalu Ary sering membuat persembahan bersama kami... dia sudah banyak gantikan Mael kalau Mael tidak sihat,” katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|