View: 1820|Reply: 11
|
Tinggalkan ‘Dunia Seni’ Keputusan Tepat! Diana Amir Akui Imej ‘Wanita Muslimah’ Buat Dirinya Dekat Pada Allah
[Copy link]
|
|
Tinggalkan ‘Dunia Seni’ Keputusan Tepat! Diana Amir Akui Imej ‘Wanita Muslimah’ Buat Dirinya Dekat Pada Allah
Penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir memang benar-benar memberi inspirasi kepada semua. Kini tampil berniqab, niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.
Selamat Tinggal Dunia Seni
Menurut Diana, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Jelasnya dia mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” ujar pelakon Strawberi Cinta itu.
Istiqamah Jadi Lebih Mudah, Jika Fahami Konsep ‘Hikmah’
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Hijabista
Sumber: Instagram Diana Amir
https://www.nona.my/tinggalkan-d ... a-dekat-pada-allah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemas penampilannya..tak serabut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa apak dia lecturer uthm,apaknye mcm serba x kena bila anaknye dtg jumpa dgn pakai terseksinye.tp Allah tgk pengakhiran hidup manusia bkn awal2nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah la dok buat stmnt ka press conference ka...dok diam2 udah. Kot sat ni tiba² terbang habih semua, kena tibai dgn netzs pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Makin berkelubung. Yg sekor lg tu? Kecoh je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
better than Jah khuenssss, sebab Jah macam nak tutup tapi tak tutup, macam kain pramugari MAS, terbelah yang kejap halal kejap haram
|
|
|
|
|
|
|
|
MasyaAllah moga terus istiqamah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti depression ke anxiety ke jatuh mesken la, pandailah tu merangkak kembali ke dunia seni. |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik... antara yg sejuk hati tgk lepas behijrah..
selain mizznina, datin lisa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|