View: 4229|Reply: 0
|
Tindakan tegas terhadap pegawai, anggota terbabit jenayah - KPN
[Copy link]
|
|
RAZARUDIN menyampaikan ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Lencana Pangkat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Penahanan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam dua kes berasingan di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan pasukan itu tidak beri muka kepada mana-mana pihak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil tanpa mengira pangkat kepada mana-mana anggota atau pegawai yang didapati melakukan kesalahan jenayah.
"Sebenarnya saya sendiri yang minta Ketua Polis Selangor beri kenyataan media. Ianya melihatkan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota sekiranya mereka terlibat dalam mana-mana kes jenayah ataupun dadah ataupun mana-mana salah laku.
"Ini juga termasuk dalam kes membabitkan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, yang ditahan untuk siasatan berhubung kes curi di kediaman suspek kes pecah rumah di Pulau Pinang," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi PERKEP, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di sini, hari ini.
RAZARUDIN Husain (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mohd Nasri Omar (kiri) kepada Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. FOTO Fathil Asri
Terdahulu Harian Metro melaporkan tiga penjawat awam yang merupakan anggota
Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan kurungan salah seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun di Presint 18, Putrajaya pada jam 11.45 malam, 6 November lalu.
Ketiga-tiga anggota polis terbabit kemudian ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Gombak pada jam 9.45 malam, Jumaat lalu.
Dalam satu lagi kes berasingan, seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan enam anggota D4, IPD Gombak ditahan selepas disyaki terbabit melarikan barang bernilai RM10,000 ketika menyerbu kediaman seorang lelaki yang ditahan mereka di Ayer Itam, Timur Laut, Pulau Pinang, pada 27 Oktober lalu.
Lelaki yang ditahan atas kesalahan kes pecah rumah di Selayang, Gombak itu menyedari 25 barang miliknya seperti rantai emas, televisyen, pembesar suara, komputer riba, beg tangan berjenama Gucci dan lima utas jam tangan hilang selepas dia dibebaskan dari tahanan reman pada 3 November lalu sebelum membuat laporan polis di Timur Laut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erbabit-jenayah-kpn |
|
|
|
|
|
|
| |
|