CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3891|Reply: 8

Pengurus Artis Tak Sedar Diri, Berani Letak Harga Tinggi Tapi Berlakon Kayu- Ayu Puteh

[Copy link]
Post time 22-11-2023 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Ayu Puteh mendedahkan ada dalam kalangan pengurus artis meletakkan harga tidak masuk akal untuk bakat baharu di bawah jagaan mereka.


Penerbit itu berkata, pengurus artis seharusnya bersikap berpijak di bumi nyata sebelum meletakkan sebarang harga terutamanya bagi pelakon yang belum ada pengalaman.


Sebagai penerbit dia tidak melihat kepada paras rupa dalam meletakkan sesuatu nilai kepada pelakon sebaliknya memandang bakat lakonan dimiliki.




Foto: IG




"engurus itu mungkin tak sedar diri sebab dia sudah terbiasa uruskan artis gred A dan terbawa-bawa karakter itu apabila menguruskan pelakon baru.


"Mungkin sebab artis baru ini cantik, kacak (letak harga tinggi) tapi jangan silap penerbit tidak melihat perkara itu tapi kalau kau berlakon 'hampas', bayaran tetap 'fresh graduation'.


"Baru meletup satu drama dah letak harga tinggi! Walaupun baru tetapi kau tetap pelakon gred C bukannya gred A.


"Sabarlah, baru nak mula berlakon tak perlu letak harga tinggi," katanya kepada mStar.


Ayu turut mengingatkan perkara sama kepada anaknya yang pelakon Wanna Ali tentang hal berkenaan dan bersikap sedar diri sebagai pendatang baharu dalam industri lakonan.


  



Ayu berkata, dia percaya bayaran diterima seorang pelakon itu bergantung kepada bakat dan pengalaman yang diperolehi.


"Macam Wanna bayaran diterima ciput (sedikit) saja. Berlakon ekstra pun dia pernah buat.




  



"Saya selalu cakap kepadanya dia kena sedar diri yang dirinya pelakon baru. Kayu lagi, jiwa lakonan pun masih belum ada.


"Jadi sesuailah dia jadi ekstra atau pun sekadar pelakon pembantu, bila lama-lama namanya makin meningkat barulah kita letak harga mengikut nilai sebab sudah buktikan yang dia boleh berlakon," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 22-11-2023 09:46 AM

Bakat yg kononnyer lama sehingga boleh bagi nasihat pada bbnu dlm bidang seni,   bukan setakat kayu tapi kejong...pun ada....

Dan aku tak sebut patah al kejong kheunz?

Kahkahkahkahkahksh

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 09:54 AM | Show all posts
memang berangan sungguh la nak letak rega tinggi2 tapi baru 1 drama je meletop...

industri pulak industri nazak malaysia ni jah.. lain la indo ke US...

masalahnyaaa retisss bila bayar murah takmau... nak bayaran macam kerja seolah2 seperti kerja buruh kasar...

padahal datang set tadah muka untuk di mekapkan dan di sentuh dek mekap artis ponen yang kerja pergi konsert ena abedul 70% persembahan pasal baju tu jah pun...

takkan la nak kata emosi dan lakonan tu semua memenatkan macam boleh kena sakit jantung...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 letak harga tinggi sbb nk reject drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lain kali beritahu je la nama pelakon tu
boleh tgk tahap berlakon dia gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-11-2023 09:54 AM
memang berangan sungguh la nak letak rega tinggi2 tapi baru 1 drama je meletop...

industri pulak in ...

Welcome backkkkkk Sis @dudaberhias...
Ramai forummer merindui nak baca kecam sis yg sampai tiada lubang dah nak lari mana tuh..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw...if tak mau ambik...ckp je lah take mau hired dlm project tuh....sorang yg tolak..ada ramai lagi YG nak..utk buat breakthrough DLM industri...
Kalau semua retis yg tolak..maknanya ko x cukup budget lah nak buat drama or filem..

Ada dulu dulu..retis so called feeling gred tinggi2 nih..marah artis baru sbb buang harga utk berlakon dlm drama or film...hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia dgn anak dia sama betul.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 11:31 AM | Show all posts
so mmg ada la gred2 utk pelakon ni

igtkn forummernya standard
rupanya terpakai di kalangan penerbit ye


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058701 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list