CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3716|Reply: 14

"Suhaimi Saad Suka Masak Laksa, Suka Layan Dan Menjamu Orang," Hafiz Hamidun

[Copy link]
Post time 22-11-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
"Orang kita bila ada benci, bila sudah tiada rindu," kata Hafiz Hamidun tentang arwah Suhaimi Saad.


Hafiz kata arwah sebelum ini sering mendapat kecaman disebabkan pemikiran dan kelantangannya di media sosial namun kini ramai yang memperkatakan kebaikannya selepas arwah meninggal dunia.


Foto: IG




"Saya dah kenal arwah Suhaimi dah lama. Kalau ikut tahun dari 2002, lebih 20 tahun kami berkawan. Saya akui kadang-kadang apa yang arwah muat naik di media sosial agak lantang, namun saya memilih untuk tidak masuk campur.


"Bagi saya itu cara dia, pendirian dia dalam menyuarakan sesuatu isu atau pendapat. Apa yang penting kami menitik beratkan hubungan sebagai kawan. Contohnya seperti sejak Suhaimi sakit sampailah masuk hospital.




  



"Memang orang yang baik akan tinggalkan kita dulu, sebut kebaikan kita, itu yang kita nak. Kepada sesiapa yang ada masalah peribadi dengan arwah, kita lupakan saja.


"Kita sendiri tak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Semoga kita mendapat husnul khatimah," katanya kepada Harian Metro.


  



Mengimbas kembali persahabatan dengan arwah, Hafiz menyifatkan Suhaimi sebagai insan berhati mulia dan rakan yang baik.


"Saya pun pernah menerbitkan album solo Suhaimi dulu. Malah, masa Suhaimi berada dalam In-Team saya dalam Unic, orang kata ada persamaan dalam tona suara kami.


  



"Di luar persembahan, Suhaimi suka masak laksa, suka layan dan menjamu orang. Benda tu sampai saya ingat sampai sekarang," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by likilu at 22-11-2023 04:47 PM

Pahala besar bg orang makan, untung arwah dapat isteri n family baik baik, kawan kawan baik baik

Craving laksa la pulak

Kawan acik, kalau bawak laksa 3 bulan tak habis lagi cerita penat kena tolong wife proses ikan nak buat laksa tu. Maksudnya boleh request laksa dia 3 4 kali setahun je huhu. Sedap oii laksa kawan kawan kita masak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:52 PM | Show all posts
kan.. smp skrg org masih sebut2..

lagu selamat tinggal dunia by SS tu dah hari2 bukak dah.. touching sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:00 PM | Show all posts
dah nama pun tetamu memang la di layan dan di jamu dengan baik...

macam customer arwah jugak mestilah di urut dan di layan dengan boekkk... gittuhhh...

al fatihah buat arwah

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-11-2023 05:00 PM
dah nama pun tetamu memang la di layan dan di jamu dengan baik...

macam customer arwah jugak mestil ...

Kaka pi mana? Lama tak nampak rindu celaan, makian kaka hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:57 AM | Show all posts
alhamdulillah!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2023 11:56 AM | Show all posts
bila org tu buat topik lantang, kena kecam, taknak campur katanya.. bila dah mati mula la terpaling kawan baik.. kau kalau betul kawan dgn dia dr dulu org ngata ss ko dah boleh backup kawan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sgt ke kebaikan beliau? Rasa mcm lg ramai cerita keburukan beliau dalam ni. Kompius
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:33 PM | Show all posts
alaahhhh hai si ponen bottom forever ni.... nak jugak menyelit... masa arewah mulut kimak asal tak backup pun??? dah kena urut sekali ke? yihhhh~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 23-11-2023 01:03 PM
Byk sgt ke kebaikan beliau? Rasa mcm lg ramai cerita keburukan beliau dalam ni. Kompius

benda ... kalau itu aje yg ada.. mmg kena warwar lebih sikit.. kalau benda baik tu byk sgt... & masa hidup pun baik2 jugak...  org pun dah tak heran ... ina up sbb nak bersihkan nama family. tengok2 makin kita rengsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 23-11-2023 01:03 PM
Byk sgt ke kebaikan beliau? Rasa mcm lg ramai cerita keburukan beliau dalam ni. Kompius

Banyak lalang masaalahnya.. dh arwah tu sudahlah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:48 PM | Show all posts
memang dah femes kat sini kan?dieorg suka masak laksa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sempat menunggang jua mamat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
org utara mmg suka mkn laksa
agaknya mmg resepi turun temurun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055289 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list