CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3206|Reply: 10

Kekuatan Jantung Tinggal 26 Peratus, Ebby Yus Perlu RM38 Ribu Untuk Jalani Prosedur Pemasangan Bateri

[Copy link]
Post time 22-11-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Ebby Yus, 58, hanya akan tahu jika perlu menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan di Hospital Serdang pada 12 Disember depan.


Kekuatan jantungnya hanya tinggal 26 peratus berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan terakhir beberapa bulan lalu.




Foto: IG




"Berdasarkan pemeriksaan kesihatan sebelum ini, doktor memang ada menyarankan supaya menjalani prosedur pemasangan bateri.


"Keputusan sama ada perlu jalani prosedur hanya akan diketahui pada bulan hadapan.


"Sebelum ini, saya ada jalani rawatan alternatif dan memang rasa ada perubahan kerana sudah boleh naik tangga.


"Tapi, saya sudah lama tak jalani rawatan, kali terakhir selepas raya tempoh hari. Itupun saya ditaja dan kalau nak diteruskan lagi, kosnya agak tinggi.


"Jadi, saya hanya akan tahu sama ada rawatan ini benar-benar membantu selepas pemeriksaan kesihatan nanti," katanya kepada BH Online.


Pelawak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu berkata, dia perlu menjalani prosedur memasang bateri dengan kos RM38,000.


"Saya akan cuba dapatkan dana daripada hospital, tapi mereka tak akan bagi penuh.


"Saya perlu cari lagi sekitar antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk alatan sahaja. Itu belum termasuk ubatan dan wad.


"Kalau doktor kata perlu juga jalani prosedur, saya akan cuba usaha untuk kumpulkan sikit-sikit," katanya.


Sementara itu, Ebby turut memberitahu dia baru sahaja menjalani pembedahan membuang kataraks dan mengganti kanta mata sebelah kanan di sebuah pusat perubatan swasta.


Dia sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi disebabkan terpaksa menunggu lama dan membuat keputusan beralih ke pusat berkenaan.


"Saya terpaksa kerana sudah tak tahan dengan keadaan mata kabur sehingga mengganggu kerja.


"Tapi, saya hanya buat sebelah mata terlebih dahulu kerana kosnya bukanlah murah. Sebelah mata sahaja menelan kos RM10,000, mujur masih ada 'job', jadi saya kumpul sikit-sikit.


"Insya-Allah, doktor kata dalam tempoh seminggu saya akan mula dapat rasakan perubahan pada mata. Jika tidak, saya selalu pening dan berpinar jika matahari terlalu kuat," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 07:28 PM | Show all posts
mahal jugak kos buang kataraks 10k/eye...
semoga dipermudah abe ebby yus
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni lebat juga job kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 10:31 AM | Show all posts
kalau nak cepat mmg gi swasta and mmg sgt2 mahal le..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:33 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan pada ebby yus.. pelawak yg bagus tak kacau org
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:52 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan... Kesian dgr kisah dia yg hilang rumah/kereta sekali gus hr tu kan? Sbb banjir kan? Lupa dah mcm pernah terbaca somewhere..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setau aku kalau gomen bg surat kat IJN .nnnt dpt rawatan tu murah or free kan..ke aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah permudahkan urusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
supersudoku replied at 23-11-2023 01:28 PM
Setau aku kalau gomen bg surat kat IJN .nnnt dpt rawatan tu murah or free kan..ke aku salah

IJN kena bayar unless ada GL. even pencen kerajaan negeri pon, kena bayar kalau kerajaan negeri x cover utk IJN.  pencen gomen federal boleh free under GL kalo p IJN nih. pengalaman pakcik sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:07 PM | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:19 PM | Show all posts
sebab tu jaga lah gula dari awal....jgn sampai kena kencing manis. Kalau dah kena pun, tolong lah makan ubat. Tak payah minum ubat vivix, jus alkaromah ke apa ke. Cukup dgn ubat hospital... jaga makan, kawal gula.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049424 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list