CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3529|Reply: 2

Human vs Insan

[Copy link]
Post time 19-2-2011 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Apakah definisi Insan dalam bahasa Inggeris???
Insan, tidak sama dengan human, man, human being yang wujud dalam bahasa Inggeris kerana definisi tersebut hanya bersifat 'fizikal' yang kelihtan pada mata kasar.

Sedangkan Insan, mempunyai erti yang lebih luas dan mendalam definisinya meliputi aspek body, soul, mind, iman dan amal....

Mohon pandangan dan perbincangan ilmiah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2011 01:08 PM | Show all posts
Saya tidak pandai berbahasa Inggeris. Namun saya coba melontarkan pandangan dengan harapan sasaran persoalan dapat divariasikan.

Pada pendapat saya, baik Insan maupun manusia adalah sama dari segi makna-nya, cuma dalam pengertian-nya ada sedikit sahaja berbeza.

Ini memerlukan kita merobah persepsi kebiasaan fikir2 yang kita biasa terapkan dalam pemahaman alam dan manusia.

Secara konsep-nya begini :

Seluroh benda hidop (yang bernafas) di alam ini adalah haiwan. Termasuk juga manusia. Persepsi umum sering membezakan manusia itu adalah organisma lain, bukan haiwan. Bagi saya itu kurang tepat, kerana manusia2 juga berpeel/berperangai/bertabiat haiwan.

Contoh-nya manusia perlu makan, berehat, berkumuh (berak/kencing), berjimak/seks, beranak, menyusu, bernafas dan lain2 di dalam menjalani kehidopan-nya. Sama macam haiwan. Kerana itu manusia digolongkan di dalam spesis mamalia bersama geng2 haiwan yang lain.


Haiwan = gajah, harimau, platipus, pacat, beruk, ikan, burung, lebah, seladang, katak, manusia dan lain-lain.

Insan = 'kesedaran' yang membawa fungsi2 istimewa bersama-nya, contoh-nya, berfikir, berkhayal (mengelamun), bijaksana, budi pekerti (rasionalisasi perasaan), spiritualiti.. etc2.


Adalah manusia itu merupakan pelaku/penterjemah/penampakkan/penganimasi 'bakat-bakat' yang ada pada Insan di samping menanggung perilaku2 (jasad) haiwan.


Sekira-nya kita melihat dari perspektif ilmu 'spiritual', definasi Insan itu lebih 'padat, rumit dan sukar difahami olih orang kebanyakkan'.


Hanya pendapat 1sen dari saya. Makasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 07:30 PM | Show all posts
manusia ialah kejadian

insan pula ialah rahmat

manusia ialah system

insan pula ialah fitrah

manusia ialah kejahilan

insan pula ialah cahaya

manusia tidak berkekalan tapi insan itu bekalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040539 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list