CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5717|Reply: 13

Beg Tangan Mewah Jadi Perhatian, Watie Tegaskan Beli Guna Duit Sendiri

[Copy link]
Post time 29-11-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Isteri kepada penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan beg tangan mewah miliknya adalah daripada hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan wang suami.


Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, ia merupakan salah satu cara dia memberikan ganjaran terhadap kerja keras yang dilakukan selama ini.






Malah, Watie turut menjawab pertikaian netizen berkenaan cara pemakaian dirinya dan anak-anak Shuib.


"Bab aurat saya tahu mungkin saya ada banyak kekurangan. Tetapi kalau soal beg mahal, maaf nak cakap saya beli 100 peratus semua dengan pendapatan sendiri.


"Itu adalah cara saya nak reward diri saya. Bab pakaian anak itu adalah cara saya dalam menguruskan rumah tangga... Saya harap awak dapat terima penjelasan saya," katanya.


Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, Watie menggayakan sebuah beg tangan mewah berwarna jingga yang menarik perhatian netizen.






Isteri kepada penyampai radio itu mengucapkan tahniah kepada suaminya atas kejayaan membuka sebuah lagi cawangan Bubble Bee yang diusahakan.


Pun begitu, hantaran tersebut menerima komen netizen mempersoalkan gaya hidupnya yang mewah berbanding isteri pertama Shuib iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.


Tidak hanya itu, netizen turut menyelar gaya pemakaian Watie yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna.


"Maaf kata, kalau arwah Siti Sarah dulu pakai tudung tutup dada, tak beli beg mahal, tak perlu satu keluarga pakai baju sama... tapi hak pekerja di akhirat dititikberatkan.


"Betul awak (Watie) nak majukan perniagaan Shuib tapi salah caranya. Maaf saya menegur ya," komen netizen.


  



Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.


Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik kak ni buka bisnes apa?boleh tak sape2 reveal dokumen ssm mcm @kitty_catz?boleh semak pendapatan cik kak ni lak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Watie ni memang nampak gemar berfesyen
Setiap gambar dan aktiviti baju mesti perfect lain2. Dari atas sampai bawah plak tu. Memang makan modaiii.
Malas r nak banding pasal arwah ct Sarah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:22 PM | Show all posts
aemon: Cik kak ni buka bisnes apa?boleh tak sape2 reveal dokumen ssm mcm @kitty_catz?boleh semak pendapatan cik kak ni lak

sama la soalan i ols.. apa bisnes nya tu.. hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:24 PM | Show all posts
Kemain sheols pakai Hermes. Walaupun bukan Birkin, Picotin tu tak la murah mana ye.

Dalam sendu2 Bubble Bee tu siap masalah tak bayar EPF bagai, elok pulak bukak branch lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
netizen ni apa la, sheols kan geng tinyah dulu. Takkan la tak dapat merasa sikit masa zaman2 kegemilangan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
netizen ni apa la, sheols kan geng tinyah dulu.
Takkan la tak dapat merasa sikit masa zaman2
kegemilangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang isunya org dgn dak watie ni..xpahamm nau..biolahhhhh..semua serba serbi xkena.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:40 PM | Show all posts
Kota bharu punya dah cawangan tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 03:07 PM | Show all posts
wahai netizen sekalian..
toksah la dok belek2 lagi keluarga ni. semua benda tak kena
tu lifestyle diorg, bior je la
toksah la banding2 lagi dengan arwah tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 03:24 PM | Show all posts
aiyo 2 ekor ni tak cukup dgn produk sendiri sampai kena review produk orang.. Kata laku sgt lebah ko tu soeb oi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat la bukak satu lagi cawangan.

Kwsp jgn dilupa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa2 netizen nih. Dah duit laki dia, kalau laki bagi, ambik je lah.. Suka betul nak mengatur2 kehidupan orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.344948 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list