View: 5434|Reply: 11
|
Ernie Zakri Dan Aina Abdul Bakal Beraksi Atas Satu Pentas Konsert "Menangislah Yang Cuba Lagakan Diorang"
[Copy link]
|
|
Akhirnya Aina Abdul dan Ernie Zakri bakal beraksi atas satu pentas yang sama!
Di Instagram, Aina mendedahkan Ernie diundang sebagai penyanyi jemputan di konsert A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung di Singapura pada 6 Januari depan.
Pengumuman mengejut Aina itu mengundang pelbagai reaksi dan respons daripada peminat kedua-dua penyanyi.
Foto: IG
Rata-ratanya meluahkan keterujaan untuk hadir ke konsert tersebut kerana ia menggabungkan dua penyanyi wanita mempunyai vokal hebat.
"Terima kasih Ernie. Sudi terima lamaran Aina untuk terlibat sama di A Night With Aina Abdul di Singapura," tulisnya sebagai kapsyen.
Jemputan itu sekaligus menamatkan spekulasi dan cakap-cakap sebelum ini mendakwa kononnya kedua-dua penyanyi itu sedang bersengketa.
"Wah, ini bukan sebarangan konsert. Tak sabarnya nak pergi konsert ni! Sanggup datang walaupun dekat Singapura.
"Menangislah mereka yang cuba lagakan dia orang."
"Mereka tiada masalah pun. Peminat yang lebih-lebih. Buktinya mereka berdua ini bersama nanti pada konsert akan datang.
"eminat kedua-duanya gaduh kerana nak tabalkan penyanyi pujaan mereka yang terhebat. Sekali mereka berdua nyanyi dalam satu konsert. Hahaha," kata mereka.
Sebelum ini, media sosial kecoh apabila peminat kedua-dua penyanyi bertelagah dan saling membanding-bandingkan vokal mereka.
Malah, Aina ketika ditemui mStar berkata, dia tidak gemar apabila dirinya sering dibanding-bandingkan bersama Ernie.
Jelas Aina, Ernie merupakan salah seorang daripada sahabat karibnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit yenna bedul eh... kata bayaran nak sama ngan tokti gittew... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar tgok Erni lerveee |
|
|
|
|
|
|
|
diorang pernah jadi juri sama sama. okey jurrr. fans jurrr yang ovurrr. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bingit show no. Yg sorang nak kerot, yg dia nk nak jerit. Bapok2 suka la sambil sama2 jerit yazz queen bila ada part jeirt |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kali wat konsert aina ni |
|
|
|
|
|
|
|
Muka makcik2 sgt gambar atas skali |
|
|
|
|
|
|
|
A Night with Pepondan: Singapore Edition la kekdahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols dah dejavu benang yg akan dibuka di porem sebaik habis konsert sheols... adalah baju2 yg sheols pakai masa konsert... dan fashion2 hausss karatz sheols malam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 14-12-2023 11:05 AM
banyak duit yenna bedul eh... kata bayaran nak sama ngan tokti gittew...
Byrn Ernie mahal ke sama macam dct? Baik invite dct je.....or if nak jimat kos sikit better invite nadeera dan Vanessa je...both talented but kesian sgt less exposure and limelight |
|
|
|
|
|
|
|
bayaran yenna lah...katanya nak invite nyanyi kena invite satu team, baju, mekap, tukang pegang baju, tukang pegang hiasan baju, tukang setting mic, tukang amik gambau... gitcheww...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|