CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24127|Reply: 3

GEMPAR!! Bilal Boleh Sebut Satu-Satu Huruf Hijaiyah Arab, Neelofa Bangga Anaknya 10 Bulan Sudah ‘Baca’ Al-Fatihah

[Copy link]
Post time 19-12-2023 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Bilal Boleh Sebut Satu-Satu Huruf Hijaiyah Arab, Neelofa Bangga Anaknya 10 Bulan Sudah ‘Baca’ Al-Fatihah



Selebriti popular Neelofa teruja apabila melihat perkembangan anak sulungnya, Bilal yang kian fasih membaca huruf bahasa Arab.

Sebagai ibu, Neelofa, 34, berkata dia sememangnya menitik beratkan pemilihan kandungan buat permata hati dengan memberikan yang terbaik dalam mendidik.

“Sebagai ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf Arab).

“Kandungan memang saya ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa setahun 10 bulan, masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal huruf kecil dan besar ABC, al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah selebriti, PU Riz mengakui segala penat lelah terbayar apabila melihat perkembangan anak tanpa memberikan telefon bimbit sepenuhnya.

“Tujuan di sini, memang penat mak ayah mahu kawal semua benda tetapi bab ‘screen-time’ dan kandungan apa mereka tengok rasa berbaloi untuk kawal walaupun penat.

“Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT,” ujarnya lagi.

Selain Muhammad Bilal, rumah tangga Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor dan PU Riz turut diserikan dengan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

Sumber:https://murai.my/2023/195763/bil ... ah-baca-al-fatihah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 12:22 AM | Show all posts
Neelofa Bangga Bilal Boleh Sebut Satu-Satu Huruf Hijaiyah

Xyah nk gempar sgt la TT.
Thread dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cm pembohong je jah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai gempar.. hahaha adoiiii.. anak aku 10 bulan relaks rrelaks je tahu main pasir berlemuih hahaha.. bila beso pandai jgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 1.099096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list