CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7724|Reply: 2

Wanita Meninggal Dunia Selepas Pengsan Ketika Memandu Kereta

[Copy link]
Post time 21-12-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas di hadapan stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim di sini, semalam.


Pada kejadian 3.19 petang itu, mangsa memandu keretanya dari arah Jalan Zainal Abidin ke Jalan Sultan Ibrahim.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kenderaan mangsa dari arah Jalan Zainal Abidin dan bergerak perlahan ke Jalan Sultan Ibrahim tanpa berhenti di simpang jalan.


Foto: Harian Metro




Katanya, mangsa ketika itu dipercayai tidak sedarkan diri dan kenderaannya terbabas ke arah pembahagi jalan.


"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas wanita itu dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk bedah siasat.


"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


"olis meminta mana-mana individu yang melihat kejadian supaya tampil ke balai polis bagi membantu siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu demi menghormati privasi keluarga," katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 02:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.041863 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list