View: 9118|Reply: 7
|
Tangguh Bercuti Atau Balik Perak Jika Bergejala Covid-19
[Copy link]
|
|
Ipoh: Individu bergejala Covid-19 yang ingin bercuti atau balik kampung di Perak sempena Krismas, dinasihat menangguhkan sementara waktu hasrat itu bagi mengekang jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan, berkata walaupun kadar penularan Covid-19 di negeri ini masih terkawal, dikhuatiri berlaku peningkatan mendadak berpunca dari negeri lain, terutamanya pada musim perayaan ini.
A Sivanesan
Katanya, jumlah kes harian Covid-19 di Perak ketika ini sekitar 600 kes dengan kadar kematian juga sangat rendah.
"Cuma kita takut apabila orang luar datang ke Perak dalam dua, tiga minggu ini.
"Jadi, kita nasihatkan individu dari negeri lain yang mahu ke Perak, jika bergejala seperti sakit tekak atau demam, tolong tangguhkan sebentar perjalanan. Selepas sembuh boleh pulang berjumpa ahli keluarga dan bercuti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apreasi Wartawan Perak anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di sini, malam tadi yang turut dihadiri Pengarah PASAK, Aldrin Ng.
Dalam pada itu katanya, semua 14 hospital kerajaan di Perak kini dalam mod bersedia untuk menerima pesakit Covid-19.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti xmas long weekend takkan x balik kg.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suggest utk anak2 yg nk blk kg tu, jd anak bertanggungjwb. buat test kediri. pakai salixium/mediven as test before balik kg. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 kena lah beringat utk parents yg dah tua.. jgn bawak covid balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri mau ingat la. jgn hanya fikir diri sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
kataaa dah vaksinnn...apa lagi mau halang jalan sana sini AHAHAHAH |
|
|
|
|
|
|
|
I don't remember anyone asking |
|
|
|
|
|
|
| |
|