Edited by tari at 28-12-2023 09:18 AM
FENNEC Fox - FOTO Google
Kucing, ikan, hamster, burung dan arnab antara pilihan haiwan kesayangan yang paling biasa dimiliki pencinta haiwan.
Kehadiran haiwan berkenaan di rumah bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggapnya seperti ahli keluarga.
Haiwan ini juga diibaratkan terapi kepada pemilik apabila menghadapi tekanan menerusi aksi comel peliharaan itu.
Kucing, ikan, hamster, burung dan arnab antara pilihan haiwan kesayangan yang paling biasa dimiliki pencinta haiwan.
Kehadiran haiwan berkenaan di rumah bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggapnya seperti ahli keluarga.
Haiwan ini juga diibaratkan terapi kepada pemilik apabila menghadapi tekanan menerusi aksi comel peliharaan itu.
Jangka hayat: Lapan hingga 12 tahun Asal: Amerika Selatan Fakta menarik: Capybara ialah tikus terbesar di dunia dengan berat boleh mencecah sehingga 64 kilogram (kg).
2. Serval Jangka hayat: Sehingga 19 tahun Asal: Afrika Tengah dan Afrika Selatan Fakta menarik: Serval ialah pemburu yang paling berjaya daripada semua kucing liar lain. Membunuh sekali daripada dua pecubaan menangkap mangsa. Berbanding kucing liar, ia membunuh sekali dalam setiap lima atau enam percubaan menangkap mangsa.
3. Chinchilla Jangka hayat: 15 hingga 22 tahun Asal: pergunungan Andes, Amerika Selatan Fakta menarik: Bulu chinchilla sangat lebat menyukarkan air menembusi kulitnya. Untuk membersihkan diri, chinchilla mandi dengan habuk yang menyerap kotoran dan minyak daripada bulunya.
4. Wallaroo Jangka hayat: 15 hingga 20 tahun Asal: Australia Fakta menarik: Istilah 'wallaroo' ialah gabungan perkataan daripada 'kangaroo' dan 'wallaby'. Fizikal wallaroo tidak sebesar kanggaru tetapi tidak sekecil walabi.
5. Axolotl Jangka hayat: Sehingga 15 tahun Asal: Tasik Xochimilco dan Tasik Chalco, Mexico Fakta menarik: Axolotl sebenarnya adalah salamander yang tidak berjaya bertukar menjadi haiwan darat pada peringkat larva. Sebaliknya mengekalkan insangnya dan kekal dalam air. Haiwan ini boleh menumbuhkan semula sebahagian besar bahagian badannya.
6. Kinkajou Jangka hayat: 20 hingga 25 tahun Asal: Amerika Tengah dan Selatan Fakta menarik: Kinkajous domestik di El Salvador, Guatemala dan Honduras digelar 'micole'.
7. Pacman Frog (Horned Frog) Jangka hayat: Enam hingga 10 tahun Asal: Amerika Selatan Fakta menarik: Katak ini mempunyai mulut besar berbanding spesies katak lain.
8. Degu Jangka hayat: Enam hingga lapan tahun Asal: Chile Fakta menarik: Degus lebih jinak dengan pemiliknya berbanding hamster. Kadang kala memberi gigitan ringan kepada pemiliknya sebagai cara bermanja.
9. Hedgehog Jangka hayat: Tiga hingga lapan tahun Asal: Eropah, Asia dan Afrika Fakta menarik: Mempamerkan tingkah laku menjilat apabila menemui bauan baharu. Kemudian mengeluarkan buih daripada mulut membentuk buih dengan mulut mereka dan meletakkan buih itu pada bulu durinya.
10. Fennec Fox Jangka hayat: 10 hingga 16 tahun Asal: Afrika Utara
Fakta menarik: Fennec fox memburu waktu malam dan menggunakan telinga besar untuk mendengar mangsa berada di bawah tanah seperti serangga atau tikus.
|