CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8260|Reply: 7

Oprah tolak dakwaan musuhi Taraji

[Copy link]
Post time 9-1-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode


LOS ANGELES: Selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey, tampil menafikan dakwaan beliau bermasam muka dengan pelakon, Taraji P. Henson.

Bercakap kepada portal ET, Oprah atau nama sebenarnya Oprah Gail Winfrey memaklumkan, hubungannya dengan bintang The Color Purple itu kekal baik dan tidak bermusuhan seperti didakwa netizen.

“Netizen mendakwa kami menjauhkan diri antara satu dengan lain ketika sama-sama naik puncak banggunan Empire State baru-baru ini.

“Saya tidak pasti ‘bahasa tubuh’ apa yang dimaksudkan mereka kerana kami pada ketika itu sedang menahan kesejukan. Saya pula sedaya upaya mahu memanaskan badan.

“Reaksi kami ketika itu langsung tidak membayangkan kami bermasam muka seperti diperkatakan netizen sebelum ini,” katanya semasa sesi karpet merah anugerah Golden Globes semalam.



Terdahulu, Winfrey dan Taraji dikatakan dingin apabila keduanya dirakam saling berjauhan dan kurang bertegur ketika melakukan lawatan ke banggunan Empire State, baru-baru ini.

Situasi itu dikatakan berpunca apabila Winfrey selaku penerbit filem tersebut, dikatakan berang apabila Taraji menerusi satu wawancara podcast, bersuara mengenai isu bayaran tidak setimpal yang dihadapi dia dan pelakon kulit hitam lain di Hollywood.

Dalam wawancara sama di Golden Globes, Winfrey menafikan beliau tidak menyokong dan bercanggah pandangan dengan Taraji berkenaan isu tersebut.

“Ramai menuduh saya tidak menyokong Taraji. Sedangkan Taraji sendiri akan memberitahu kalian betapa saya berusaha gigih sebagai tulang belakang filem ini (The Color Purple), bukan sahaja dalam memenuhi keperluan belakang tabir, malah keseluruhan tenaga kerja produksi.

“Saya tidak dipertanggungjawab ke atas belanjawan filem ini. Ia di tangan pengurusan Warner Brothers yang melunaskan bayaran dengan sistem yang telah mereka tetapkan.

“Sebagai penerbit, kami juga dibayar dengan kadar yang telah dirunding. Apa pun, saya tidak pernah menutup mata, malah sentiasa cuba memenuhi keperluan dan membantu tenaga kerja produksi yang mengalami masalah kenderaan atau kekurangan makanan di set penggambaran. Saya percaya Taraji juga tidak akan menafikan perkara itu,” ujarnya.
https://www.utusan.com.my/nasion ... waan-musuhi-taraji/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke oprah ni terlibat dgn eipstein island punya scandal?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 12:57 PM | Show all posts
sarah_ary2 replied at 9-1-2024 04:29 PM
Betul ke oprah ni terlibat dgn eipstein island punya scandal?

nama dia  mmg ada dlm list baru2.sblm ni takat gambar je.dia katanya sampai mute komen media sosial dia.hipokrit laknat dia ni. kalo takat guest kat island tu watpe nak takut? diam jelaa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lakonan tharaji ni dlm movie hidden figures
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 12-1-2024 08:34 PM
Suka lakonan tharaji ni dlm movie hidden figures

Same
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Kak Taraji nangis nangis cakap pasal pay disparity. Semoga Kak Taraji dapat payment yang lebih masyukkk selepas ni. Suka acting dia macam in Hidden Figures and Empire

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 9-1-2024 04:29 PM
Betul ke oprah ni terlibat dgn eipstein island punya scandal?

Pasal isu tanah dan kebakaran kat Hawaii pun ada gossip pasal Kak Harpo ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
linb replied at 17-1-2024 02:53 PM
Kesian Kak Taraji nangis nangis cakap pasal pay disparity. Semoga Kak Taraji dapat payment yang lebi ...

Aiols suka sgt Taraji dalam “ Person of Interest” tp malangnya watak dia dimatikan, padahal best giler rupanya dia nak join Empire series tue

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.363265 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list