View: 4600|Reply: 0
|
Jaga kesihatan, kita tidak mahu anggota usia 30-an sakit kritikal – KPN
[Copy link]
|
|
Tan Sri Razarudin Husain
PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri serta daerah memantau tahap kesihatan anggota itu.
Jelas beliau, tindakan awal perlu diambil bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan yang kritikal seawal usia 30-an dalam kalangan anggota dan pegawai seperti masalah jantung dan buah pinggang.
Kata Razaruddin, usaha itu perlu seiring dengan langkah-langkah menjaga hubungan baik antara polis dengan masyarakat dan rakan sejawat.
“Jangan lupa jaga kesihatan, jaga hubungan antara kita ‘hablum minannas’ (hubungan antara manusia), kita tidak mahu anggota dan pegawai usia 35 tahun meninggal sakit jantung, buah pinggang dan macam macam lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Amanat KPN sempena Perjumpaan Khas bersama Kepimpinan Tertinggi PDRM dan KPD Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, Selasa lalu.
Sehubungan itu, Razarudin mengarahkan barisan kepimpinan tinggi PDRM menjadualkan masa untuk beriadah dalam kalangan anggota selain untuk turut serta dalam aktiviti itu.
“Saya minta Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah, Komanden, buat sesuatu. Kalau hari Jumaat itu sepatutnya kita beri ruang beriadah bersama-sama kita, kita beriadah bersama-sama.
“Kalau nak buat setiap petang beriadah bersama anggota, buat. Pesan ini kepada anggota dan juga buat diri sendiri juga,” ujar beliau.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... sakit-kritikal-kpn/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|