CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8567|Reply: 0

Stoner lantang kritik teknologi MotoGP

[Copy link]
Post time 17-2-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode

CASEY Stoner. -FOTO NSTP

London: Casey Stoner mendakwa bahawa beberapa pelumba MotoGP yang bersaing untuk berada di petak utama tidak akan mencapai keputusan yang sama tanpa bantuan kawalan cengkaman.

Stoner adalah pengkritik yang lantang menyuarakan pandangan terhadap teknologi dalam MotoGP.

Kawalan cengkaman yang meningkatkan tahap keselamatan juga membantu meningkatkan prestasi sesetengah penunggang, menurut Stoner.

Dia ditanya oleh Gazzetta sama ada motosikal kini lebih penting daripada penunggang dan dia menjawab: "Saya fikir begitu dan saya tidak bersetuju dengan perkembangan ini.


"Sesetengah pelumba sangat baik ketika keluar selekoh dan mempunyai lebih kawalan semasa pecutan, seperti Dani Pedrosa.

"Kualiti yang diperlukan untuk menunjukkan penunggangan yang unggul dan berkualiti tidak lagi wujud.

"Satu-satunya cara anda boleh membuat perubahan adalah dengan brek kemudian untuk memasuki selekoh.

"Sebagai contoh, pada 2011 Dani Pedrosa hampir dua persepuluh lebih pantas daripada saya dengan jentera yang sama.

"Kini elemen kawalan penunggang seperti cengkaman, pengurusan tayar dan risiko roda disembunyikan oleh elektronik."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ik-teknologi-motogp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list