View: 8641|Reply: 0
|
Laksana tugas umpama urus keluarga di rumah – Razarudin
[Copy link]
|
|
Razarudin.
PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menuntut penyelia yang berjaya dalam menguruskan institusi kekeluargaan di rumah untuk mempraktikkan amalan sama ketika bertugas.
Mengambil contoh pegawai dan anggota yang menyelia anak sehingga berjaya, beliau menerusi hantaran di akaun rasmi TikToknya berkata, teknik penyeliaan yang baik itu turut ditagih keluarga besar Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Bawa apa yang baik di rumah ke pejabat, tak perlu belajar di universiti tinggi-tinggi untuk menguruskan manusia, apa yang suka di rumah bawa ke pejabat (seperti) nak anak yang bersih, isteri yang taat, ini yang sebenarnya bawa ke pejabat.
“Kalau anak kita nakal kita tak pernah nak bunuh anak kita, kita masih beri makanan, perlindungan dan pakaian. Pasal itu anak kita, melainkan tidak boleh buat apa-apa, dalam (konteks) polis ia berbeza,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam Majlis Perjumpaan Bersama Penyelia Kontinjen Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah semalam.
Tegas Razarudin, pendekatan seimbang dengan memanfaatkan kebaikan yang diperolehi dari rumah perlu diamalkan di tempat bertugas.
“Bagaimana kita berusaha memimpin sebuah keluarga kecil yang harmoni, begitulah juga sepatutnya terhadap keluarga besar kita dalam pasukan yang dicintai ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... di-rumah-razarudin/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|