View: 5351|Reply: 0
|
Masalah brek hantui Ferrari
[Copy link]
|
|
SAINZ menerima trofi di pentas podium selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga. FOTO AFP
Sakhir: Carlos Sainz mendedahkan bahawa seperti rakan sepasukan di Ferrari, Charles Leclerc, dia juga berdepan masalah brek pada pusingan pembuka tirai, Grand Prix (GP) Bahrain.
Sainz dilihat sebagai pencabar terdekat Red Bull di Litar Antarabangsa Bahrain apabila menamatkan perlumbaan hanya beberapa saat di belakang Sergio Perez di tempat kedua.
Pelumba Sepanyol itu menikmati perlumbaan yang meyakinkan dengan bermula di petak keempat sebelum mengatasi Leclerc dan pemandu Mercedes, George Russell.
Ketika Leclerc terbabas dari trek sekurang-kurangnya enam kali kerana masalah brek, Sainz kelihatan tidak berdepan masalah berkenaan.
Bagaimanapun, selepas perlumbaan, Sainz mengesahkan bahawa prestasi brek pada jentera SF-24 miliknya sudah mencapai hadnya walaupun ia tidak seteruk isu dihadapi Leclerc.
"Ya, apabila kami berada dalam situasi sesak di litar, kami mengalami masalah brek bergegar," katanya pada sidang sidang media.
"Jadi ia menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan terutamanya ketika mahu memotong atau saya perlu mengehadkan penggunaan brek.
"Tetapi seperti yang saya katakan, kami melalui permulaan yang tidak sempurna. Apabila sudah dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan brek, saya mula mendapatkan kepantasan kereta yang membolehkan saya menaiki podium," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... brek-hantui-ferrari |
|
|
|
|
|
|
| |
|