View: 10893|Reply: 0
|
MotoGP: Bagnaia sambung kontrak di Ducati
[Copy link]
|
|
BAGNAIA bersetuju untuk menerima kontrak baharu yang menyaksikannya kekal bersama Ducati sehingga hujung musim 2026. - AFP
LONDON – Pelumba Itali, Francesco Bagnaia meraih tonik terbaik dalam usahanya memburu gelaran hatrik Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas melanjutkan kontrak dua tahun bersama Ducati.
Bagnaia yang menyertai Pramac Ducati pada 2019 akan kekal mengemudi jentera Desmosedici sehingga penghujung musim 2026.
Pastinya, pelumba berusia 27 tahun itu berazam untuk menyertai Valentino Rossi dan Marc Marquez sebagai juara MotoGP tiga kali berturut-turut dalam era empat lejang.
“Saya sangat gembira kerana dapat terus berlumba dengan pasukan impian saya. Memakai warna merah ini adalah satu penghormatan dan kebanggaan bagi saya. Kami telah mencapai perkara yang luar biasa.
“Dalam tiga tahun ini, kami akan terus memberikan yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Saya sangat gembira dan bersedia untuk memulakan saingan di Qatar untuk perlumbaan pertama tahun ini,” katanya.
Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna gembira dapat mengekalkan Bagnaia dan berharap dapat mencipta sejarah bersama pelumba Itali itu sekali lagi.
“Kami sangat gembira untuk memiliki Bagnaia bersama kami untuk 2025 dan 2026. Kami telah menulis halaman penting dalam sejarah motosikal kerana Pecco (Bagnaia) adalah pelumba Itali pertama yang memenangi gelaran dunia dalam MotoGP bersama motosikal Itali.
“Atas semua sebab ini, adalah wajar bagi kami untuk terus bersamanya. Oleh itu, kami menantikan musim 2024 ini bersama-sama. Kami yakin kami boleh mencapai keputusan terbaik sekali lagi,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -kontrak-di-ducati/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|