CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28593|Reply: 0

Peluang Qabil timba pengalaman perlumbaan antarabangsa

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 10-3-2024 04:45 PM



Qabil akan berlumba mewakil VHC Frando dalam ESBK 2024.


KUALA LUMPUR: Penyertaan Qabil Irfan Azlan dalam kelas Moto4 di Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 bakal memberikan pelumba cilik negara itu pendedahan beraksi di pentas antarabangsa.


Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, pendedahan sedemikian bakal memberikan pelumba berusia 12 tahun itu pendedahan awal sekali gus membolehkannya merasai serta memperoleh pengalaman berharga di litar ternama di Eropah.


"Ia adalah satu inisiatif baharu yang kami ambil untuk memperluaskan lagi karier Qabil," kata Zulfahmi yang juga bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia.


"Selepas kejayaannya di Siri MiniGP Malaysia dan juga Finals Dunia, kami melihat bahawa pada usia 12 tahun ini, Qabil sudah bersedia untuk mengambil cabaran dalam kelas Moto4 di litar Eropah.



"Ini memberikan peluang baginya untuk mendapatkan pengalaman awal dalam suasana serta persaingan dunia dua roda di Eropah."
Juara Dunia 2023 itu bakal menyertai saingan Moto4 secara musim penuh bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing sebelum menyertai ujian pramusim di Litar Jerez pada 16 dan 17 Mac ini.



Perlumbaan Pusingan pertama musim dijadual berlangsung di litar sama pada 6 dan 7 April ini sebelum saingan seterusnya beralih ke Litar Valencia pada 1 dan 2 Jun.


"VHC Frando adalah sebuah pasukan yang bersedia bekerjasama dengan Qabil dan mereka mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam kelas Moto4. Saya yakin bahawa pengalaman diperoleh Qabil dalam kejuaraan ini akan menjadi aset berharga bagi perkembangan kariernya.


"Kami sebagai pasukan sokongan, akan sentiasa bersama Qabil sepanjang perjalanan ini dan saya sendiri akan turut hadir dalam beberapa perlumbaan untuk memantau kemajuannya di kejuaraan ini," kata Zulfahmi.


Selain menyertai ESBK, Qabil turut dijadual menyertai Kejuaraan Siri MiniGP Malaysia dalam kelas 190cc pada tahun ini.


Qabil akan berlumba mewakil VHC Frando dalam ESBK 2024.

https://www.bharian.com.my/sukan ... umbaan-antarabangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.075690 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list