View: 10723|Reply: 18
|
'Kalau Hans Isaac tahu malu, letak jawatan' - Ahli Parlimen Machang
[Copy link]
|
|
'Kalau Hans Isaac tahu malu, letak jawatan' - Ahli Parlimen Machang
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... li-parlimen-machang
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
[email protected]
Disiarkan pada: Mac 26, 2024 @ 4:05pm
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hansisaacc_1711440302.jpg)
Kuala Lumpur: Datuk Hans Isaac digesa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang rosak buat kali ketiga.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut mendakwa Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu gagal dalam tugasnya.
"Dia (Hans) tak jalankan tugasnya dengan baik untuk negara (yang) melibatkan imej dan profesionalisme pengurusan aset stadium kita.
"Ini memberi kesan kepada pasukan, rakyat (dan) cukai negara. (Kejadian padang SNBJ rosak) ini kali ketiga.
"Bukan pertama kali (tapi) kali ketiga. Cukuplah Hans Isaac. Kalau dia tahu malu, letak jawatan," katanya pada sidang medianya di Pusat Media Parlimen hari ini.
Terdahulu, isu padang SNBJ terus hangat diperkatakan susulan tersebarnya video dan gambar permukaan padang yang 'rosak' ekoran penganjuran konsert Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.
Malah isu sama turut berlaku pada November lalu apabila PSM membenarkan konsert Coldplay dianjurkan di atas padang SNBJ sekali gus permukaan padang rosak sedangkan ia adalah rumput baharu jenis Zeon Zoysia yang ditaja oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula menyifatkan insiden padang SNBJ dilihat memalukan negara kerana perlawanan membabitkan Malaysia dan Oman malam ini bertaraf antarabangsa.
"Kita punya perlawanan bertaraf antarabangsa tetapi padang bertaraf kampung kerana kita tidak dapat menguruskannya dengan baik.
"Kita juga khuatir 'mood' pasukan atau pemain kita ini terjejas (kerana) nak bermain atas rumput yang tidak begitu elok," katanya.
Menurutnya, usaha serius perlu diambil perhatian oleh PSM bagi menoktahkan kerosakan padang SNBJ dan ia perlu menjadi agenda Kerajaan Madani hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mom ni bola lawan kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 26-3-2024 05:46 PM
.
.
.
Dia dengan ex dia species sembang babi terbang sampai ke bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream replied at 26-3-2024 09:48 AM
Dia dengan ex dia species sembang babi terbang sampai ke bulan.
.
.
.
kenapa la depa tu x berjodohan ya?
kalau tak hari² muka depa keluar tb semua channel hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 26-3-2024 05:46 PM
.
.
.
Kalau pandai idok ler asyik putus putus putus ditengah jalannnn.... ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
2 2 bimbo..HI bimbo..si Faisal pun bimbo...baik resign je jd wakil rakyat yg x buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 26-3-2024 06:28 PM
.
.
dia suka bercinto je kan? hahaha...
Hahaja.. Yg ketot itue la yg paling sesuai berpadanan dgn diaa.... Betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak dengar angin bertiup dia nak bukak konsert dekat stadium hoki nasional pulak. Habis la karpet biru berlubang dengan kesan api rokok dan chewing gum. |
|
|
|
|
|
|
|
Whitney72 replied at 26-3-2024 06:29 PM
2 2 bimbo..HI bimbo..si Faisal pun bimbo...baik resign je jd wakil rakyat yg x buat kerja
si AP Machang tu sewel. Heols kalau balik klate pon duduk Troika dekat tengah bandar, pastu sembang acah menyantuni rakyat.
rasa cam nak baling selipar kalau tengok heols balik sana |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 26-3-2024 09:25 PM
si AP Machang tu sewel. Heols kalau balik klate pon duduk Troika dekat tengah bandar, pastu semban ...
Balik mache pun keje dia dok review makanan-makanan di kedai makan |
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam replied at 26-3-2024 10:18 PM
Balik mache pun keje dia dok review makanan-makanan di kedai makan
macam bongok je kan. Bukannya dok fikir apa heols boleh improve untuk penduduk sana.
bangang betul yang undi heols |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan apa capacity (qualification)hans ni jadi pengerusi PSM ya? Tinggi jawatan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ooh,dia ke yg btanggungjawab untuk padang snbj tu...aq pon pelik gak patut ambik la pelajaran dari apa yg jadi waktu konsert coldplay last year,tapi tulah dh ada jawatan ni automatik bakalan jadi bodoh serupa ahli politikus,satu malaysia maki hamun sih letak.jawatan pon ado dia kisah???xdenya![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Muka tebal mana maunya. Kaki bangku dapat jawatan tinggi psm. Apalah yg boleh harap.
![](static/image/smiley/onion/decide.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jawatan terjamin sampai tahun 2025. Bertabahlah. Jawatan Pengerusi busuk2 RM5-RM10 Ribu kot gaji bulan2. Rugi la letak jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 26-3-2024 11:01 PM
macam bongok je kan. Bukannya dok fikir apa heols boleh improve untuk penduduk sana.
bangang betu ...
Benar.Tak de apa improvement pun, klu tok lan dulu ada gak la bantuan awal persekolahan ..bg duit..bg beg sekolah..saya tak de la pro mana2..tp duk mache ni almost 4 years .mmg nmpk perbezaan la between yang lama dgn yg baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam replied at 27-3-2024 07:44 PM
Benar.Tak de apa improvement pun, klu tok lan dulu ada gak la bantuan awal persekolahan ..bg duit. ...
tapi nak buat camane chuols, kalau dekat klate tu, pakai bendera bulan automatik la orang undi. Dapat AP bangang pon theyols kisah apa. |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 27-3-2024 10:21 PM
tapi nak buat camane chuols, kalau dekat klate tu, pakai bendera bulan automatik la orang undi. Da ...
Tau tkpe.letak sapa pun, confirm menang punya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|