View: 7620|Reply: 9
|
Gelar Saya Beremosi Jika Anda Mahu – Elfira Loy
[Copy link]
|
|
PELAKON Elfira Loy menegaskan tidak kisah dilabel individu beremosi apabila menyentuh isu membabitkan Palestin yang masih bermandi darah hingga ke hari ini.
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkata, sebagai insan yang mencintai keamanan, dia tidak sanggup menyaksikan penderitaan tidak berkesudahan rakyat negara itu.
Gelar saya individu beremosi jika anda mahu atau apa sahaja dirasakan sesuai. Namun, secara jujur bagaimana saya tidak sedih apabila menyaksikan penderitaan rakyat Palestin setiap hari?” katanya dalam InstaStory.
Dia yang popular menerusi drama Qalesya itu memaklumkan hatinya luluh apabila melihat masih ramai yang menyokong produk keluaran Zionis meski bumi Palestin terus dibedil dengan kejam.
“Berita sangat menyayat hati minggu ini (tragedi askar Israel mencabul wanita Palestin) dan menyedihkan apabila melihat segelintir daripada anda masih percaya bahawa tidak mengapa jika tidak memboikot produk Israel.
Cuba bayangkan apabila musibah ini menimpa keluarga anda sendiri, ketika itu barulah anda akan sedar dan faham keperluan boikot.
“Meskipun tindakan boikot tidak menamatkan konflik sepenuhnya, sekurang-kurangnya anda menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan membuktikan menolak kekejaman Zionis,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mempersoalkan mana hilangnya sikap perikemanusiaan dan empati semua pihak yang memilih memberi sokongan terhadap barangan jenama Zionis.
Paling membuatkan saya marah apabila melihat ramai orang masih bangga mendokong jenama yang menyokong pembunuhan beramai-ramai.
“Perkara itu sangat menghancurkan hati saya. Tak faham bagaimana mereka boleh terus menyokong jenama sebegitu sedangkan sedar tentang kesengsaraan saudara sesama Islam di Palestin,” ujarnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Elfira turut mengulang siar perkongsian sebuah akaun mengenai kisah seorang wanita hamil dirogol dengan kejam oleh askar Israel di hadapan suaminya sendiri.
Terdahulu, sejak diserang Israel pada 7 Oktober tahun lalu, angka rakyat Palestin yang terkorban sudah melepasi 30,000 manakala lebih 72,000 cedera.
Sumber – HIBGLAM
|
|
|
|
|
|
|
|
sendu btul pas kawen, sampai takde orang komen.. cian elbulu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hokeypokey at 28-3-2024 12:20 AM
ter double post plak |
|
|
|
|
|
|
|
Trying to be relevant balik ke hape ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Gitulah kalau dah tak kerja. Banyak masa fikir benda di luar kawal yang buat heshe depression. |
|
|
|
|
|
|
|
mentang2 tokti kena kecam sebab nangis pasal palestin she pun nak tumpang populariti sekali ke..
hello elbulu duduk diam2 la..laki kaya jadi tai tai je..uols dah tak relevan dulu kini dan selamanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
sendu abis..dok umah buat pe je? jaga anak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Minah bibik ni muncul pulak dh... aku nyampah betol.... xbuat silap dgn aku pun tp muka dia bikin darah aku menyirap... donno why... dia duta gene martino kan... beso tepampang rasanya... cancel xjd masuk butik tu.. yihh bila nk ghaib dri alam ni ekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
memang kecik dan rendah sangat ye el ni..pernah terjumpa husband dia, tak berapa nak tinggi, jenis rendang2 je, so kalau el nmpk rendah dlm gmbr tu, maknanya sangatla kecik... |
|
|
|
|
|
|
| |
|