View: 6597|Reply: 7
|
“Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh..” – Datuk Red Diisytihar Muflis, Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan
[Copy link]
|
|
Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019.
Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang perceraian, penyanyi ini masih ingin memberi sokongan kepada Datuk Red selagi suaminya itu masih ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan rezeki.
"Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong.
"Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya adalah bagi dia semangat."
Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut meminta orang ramai untuk memberi semangat pada Datuk Red dan tidak mengecam atau menghakimi suaminya itu lagi-lagi di masa susah sekarang ini.
"Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia down lagi, harap semua orang bagi dia semangat.
"Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong."
Terdahulu, Datuk Red mendedahkan sebuah kenyataan yang mengejutkan orang ramai apabila dirinya diisytihar muflis sejak lima tahun dahulu dan tiada lagi punca pendapatan. Difahamkan juga, Adira perlu menanggung kehidupan keluarganya kerana Datuk Red yang tidak bekerja.
SUMBER : mStar/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit pun dugaaan.. tak ada duit pun dugaan.. hidup ni kena bersederhana je... |
|
|
|
|
|
|
|
Nape ko mintak cerai tak stay? |
|
|
|
|
|
|
|
5 tahun muflis tu ko kerja apa? Xkan goyang telur je. Telur pun tembelang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati adira ni lembut sebenarnya. Harap tak uturn lah. Kang sampai ke sudah tanggung bewak. |
|
|
|
|
|
|
|
cian adira, tak pernah jumpa laki yg senonoh, dh tak jadik ngan alep dulu sbb boya, kawen tok red boya biawak la plakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
UTurn rasanya tak. Dia cuma kenangkan jasa Dato' Red kat dia kot. Merasa la sekejap jd bini orang kaya dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 28-3-2024 12:25 AM
UTurn rasanya tak. Dia cuma kenangkan jasa Dato' Red kat dia kot. Merasa la sekejap jd bini orang ...
Apa jasa tokred? Bagi anak je lah kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|