CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9514|Reply: 18

‘Tak Masuk Akal Tawar Harga Rendah Pada Pelakon Berpengalaman, Adakah Sebab Kami Dah Tua?’ – Datuk Rahim Razali

[Copy link]
Post time 28-3-2024 06:01 AM | Show all posts |Read mode






Baru-baru ini, pelakon berpengalaman Hamidah Wahab mendedahkan sudah hampir 10 tahun dirinya tidak mendapat tawaran berlakon drama bagi mana-mana stesen televisyen.


Bukan itu sahaja, Hamidah juga memaklumkan dirinya pernah ditawar serendah RM150 untuk menjalani empat hari penggambaran.


Terbaharu, OhBulan! tampil mendapatkan respon daripada seorang lagi pelakon berpengalaman iaitu Datuk Rahim Razali berhubung isu ini.


Rahim atau nama sebenarnya Abdul Rahim Haji Mohd Razali mengakui dirinya terkejut mendengar berita tersebut.


"Bila sebut soal tawaran boleh katakan saya juga sudah jarang mendapat tawaran berlakon, adalah sikit-sikit cuma tidaklah sampai mendapat tawaran serendah itu.


"Bila saya dengar perkara ini, tak akanlah pelakon berpengalaman dan begitu bagus seperti Hamidah ditawar dengan harga serendah itu?"


"Saya sangat terkejut jika benar dia ditawarkan serendah itu."


Tambah Rahim, tidak masuk akal untuk mana-mana pihak produksi menawarkan harga serendah itu kepada pelakon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan.


"Sekiranya mereka (pihak produksi) mahu mendapatkan khidmat lakonan pelakon berpengalaman dan berbakat besar bererti pelakon-pelakon ini sangat berharga."


"Kenapa tawar harga rendah sebegitu? Adakah sebab kami dah tua?"


"ada saya, lebih lama seseorang pelakon itu berada dalam industri ini, lebih berharga nilai mereka.


"Tapi kalau anda tidak mahu menawarkan harga yang tinggi, janganlah pula anda rendahkan harga bayaran mereka begitu sahaja. Itu sama sekali tak kena dan salah."


Selain Hamidah, antara artis veteran lain yang pernah ditawarkan dengan bayaran yang rendah termasuklah Wan Maimunah dan Fauziah Nawi.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo kt hollywood ni byrn tinggi utk pelakon2 beteran mcm ni. msia ni tgk followers, femes kt socmedia mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok orang la juga...

Kalau Rahim Razali, mustahil la nak dapat rega rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipikal mulayu di mana².
Suma nk murah,sampai xmasuk akal.
Sila terasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dah pelakon veteran bersuara. Hakikatnya bayaran pelakon kat Msia tak ikut pengalaman. Tapi kadar dia ikut populariti. Kalau tak popular followers xbanyak daya tarikan dikira takde maka standard payment je lah kau dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 09:58 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-3-2024 06:38 AM
Tengok orang la juga...

Kalau Rahim Razali, mustahil la nak dapat rega rendah.

tepat sekali
berani nak bagi rahim razali bayaran rendah
pelakon yg bagus tu
teringat filen cinta dia berlakon
produksi kalau x ada duit amik yg org biasa je jadi pelakon mesti dorang nak kalau harga 150
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
4 hari rm150.. harga zaman bila ni?

Keje kerani pun tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....sihat lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut announce je nama production semua tu. Kasi malu sikit ambil geran buat drama tapi potong rezeki org sana sini utk bayar pada yg muda byk followers tapi berlakon hampeh . Harap selit unsur geli2 utk raih traffic dan naikkan rating.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pengalaman dalam trouble shot engineering logik la demand gaji..baru pegang spanar dah tau apa masalah nak setelkan.setakat pelakon,gitu jer la,bab susah pakai stuntman buat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:23 AM | Show all posts
nama pun demand and supply. takde sape paksa kau ambik job tu. soalan lebih utama sendiri pilih jadi retis, sendiri la paham risiko nyah (job tak menentu, maybe tak laku, dah tua kena mengemis flat pprt, etc etc)
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:16 AM | Show all posts
sampai skang teringat dia berlakon pisau cukur lepas tu g karok dgn maya karin...mari mari cik adik mari mari cik abang..gatal naa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
150 duit minyak pun tak lepas, agak2 la nk offer rendah pun, ni sampai tak masuk akal.. patut la lama tak nampak hamidah wahab..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm wan hanafi su, tak mgkn org byr rendah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:20 PM | Show all posts
Belibis replied at 28-3-2024 08:21 PM
Kalau pengalaman dalam trouble shot engineering logik la demand gaji..baru pegang spanar dah tau apa ...

Aiyyoh dek superficial nya komen kamu.. semua orang expert dalam bidang masing2 bukan? kalau kamu exec pegalaman 20 tahun orang offer job kat office RM 1500 kamu rasa apa dek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
isbritneybich replied at 29-3-2024 03:23 AM
nama pun demand and supply. takde sape paksa kau ambik job tu. soalan lebih utama sendiri pilih jadi ...

Ini job freelance kan..kalau ko nak..ko ambik la..xde paksaan pun...aku rasa, rm150 utk 3/4 hari tu utk watak sampingan je..lainla 3/4 hari Tu dialog KO berjela jela mcm dah keje heroin/hero then ITU mmglar sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 01:31 PM | Show all posts
Kasihan juga kepada pelakon-pelakon veteran ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya skrip kat Malaysia balik2 hero muda la apa la. Cer tengok Korea ke Hollywood. 40an jadi watak utama pun ada, 50an pun ada. So bukan masalah pelakon veteran. Masalahnya watak yang dia kasik tu sikit bebenor nak bayar mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak minat dia berlakon.dengan suara malas dia tu bila bercakap,geli dengar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.425830 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list