CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4320|Reply: 0

Peluang selamat maruah Harimau Muda

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 23-4-2024 02:20 PM




Skuad Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido menjalani latihan di Al Ersal, Doha menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D, Piala Asia B-23 2024 menentang Kuwait malam ini. - Foto FB FAM





KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) kini memiliki peluang terakhir untuk memastikan maruah negara tidak terus tercalar dan pulang dari kempen Piala Asia B-23 2024 dengan cara yang dianggap memalukan.

Dua kekalahan berturut-turut di tangan Uzbekistan dan Vietnam menyaksikan 'mimpi' Harimau Muda ke Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai sekali gus berpotensi mengulangi 'Tragedi 2022' apabila pulang tanpa sebarang mata.

Pada edisi 2022, skuad negara pulang tangan kosong tanpa sebarang mata, hanya satu gol dijaringkan dan melepaskan sembilan gol - sekali gus menjadi pencapaian terburuk skuad B-23 selepas berjaya mara sehingga ke suku akhir pada penampilan pertama edisi 2018.

Berdepan Kuwait yang menjadi 'pasukan belasahan' pada aksi terakhir di Stadium Al-Janoub malam ini, skuad bimbingan Juan Torres Garrido perlu sekurang-kurangnya meraih keputusan seri seandainya mahu memperbaiki pencapaian berbanding edisi lalu di Uzbekistan.


Namun seri mungkin boleh dianggap sebagai satu keputusan yang merugikan terutama apabila melihat prestasi Kuwait dalam dua perlawanan pertama yang menyaksikan mereka sudahpun melepaskan lapan gol dalam dua perlawanan.

Mereka tewas 1-3 di tangan Vietnam sekalipun Vietnam beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua sebelum dibelasah Uzbekistan 1-5 dengan giliran mereka beraksi 10 pemain apabila Hamad Al Taweel pada minit ke-71.


Berdepan Kuwait yang juga pasukan tercorot Kumpulan D dan boleh dianggap pasukan lebih 'mudah' berbanding Uzbekistan mahupun Vietnam, skuad negara perlu memanfaatkan peluang terbaik ini bagi mengutip kemenangan pertama pada kempen kali ini.

Meskipun sudahpun tersingkir dan perlawanan ini tidak lagi membawa apa-apa makna kepada kedua-dua pasukan, setidak-tidaknya skuad negara dapat menutup kempen dengan tiga mata dan tidak berkunjung ke Qatar sekadar untuk 'jalan-jalan'.

Jadi ayuh Harimau Muda, jangan terus 'koyak' dan raihlah kemenangan sebagai 'ole-ole' dari bumi Qatar!

https://www.bharian.com.my/sukan ... maruah-harimau-muda




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039488 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list