View: 6703|Reply: 0
|
Peluang City pintas Arsenal
[Copy link]
|
|
SKUAD City memiliki kelebihan untuk mengekalkan kejuaraan EPL.
London: Manchester City memiliki kelebihan ke atas Arsenal dalam persaingan kedua-dua kelab yang meneruskan misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu dan Ahad ini.
Gunners selaku pendahulu liga hanya satu mata di depan City yang menduduki tangga kedua tetapi berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Arsenal terus menekan City selepas menewaskan Bournemouth minggu lalu sebelum pencabar mereka itu memberikan respon dengan mengatasi Woves.
Kini Arsenal hanya mempunyai dua lagi perlawanan untuk mereka menangi dan meraih gelaran.
Skuad Mikel Arteta sedang bersiap sedia berdepan Manchester United menjelang aksi paling getir terakhir mereka dalam kempen EPL musim ini sebelum menetang Everton pada perlawanan terakhir di Stadium Emirates minggu depan yang mungkin menjadi penentu kejuaraan.
Ketika Arsenal mempersiapkan pasukan berdepan Untied di Old Trafford, pencabar mereka turut tidak ketinggalan apabila Man City mahu memastikan tiga mata dibawa pulang dalam kunjungan ke Fulham.
Kemenangan menyaksikan Gunners jatuh di tangga kedua dan dua mata di belakang City ketika berbaki dua perlawanan menjelang aksi menentang United.
Arsenal hanya akan ke Old Trafford Ahad ini, lebih 24 jam selepas Man City berdepan Fulham. Jika City menang di Craven Cottage, skuad Arteta berdepan tekanan lebih tinggi untuk mendapatkan tiga mata ketika menentang Man United.
Selepas Fulham, Man City meneruskan cabaran dengan berkunjung ke Tottenham Hotspur di utara London sebelum melayan West Ham di tempat sendiri pada aksi terakhir musim ini yang boleh menyaksikan sama ada trofi EPL menuju Emirates atau Etihad.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... city-pintas-arsenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|