CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1967|Reply: 0

[Tempatan] Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari, qariah Melaka 2024

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Johan qari dan qariah Melaka, Muhammad Khairi (kanan) dan Normawaty menerima cek hadiah wang tunai RM8,000, pakej umrah dan piala iringan pada majlis penyampaian hadiah sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat negeri 2024. - Foto BERNAMA





MELAKA: Dua guru al-Quran dinobatkan sebagai johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran 2024 Peringkat negeri Melaka yang berlangsung Masjid Al Azim di sini malam tadi.

Muhammad Khairi Maidin, 25, dan Normawaty Sahat, 51, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, piala iringan dan pakej umrah yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Normawaty berkata beliau amat bersyukur dan sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.

"Perasaan saya sudah tentu gembira kerana ini kali pertama mendapat johan, persediaan untuk pertandingan ini telah dilakukan sejak beberapa bulan lepas selain melakukan latihan bacaan setiap kali sebelum dan selepas solat terutama di waktu Subuh.

"Saya bersyukur dengan ilmu al-Quran yang diajarkan oleh kedua orang tua sejak dahulu lagi, walaupun mereka tiada lagi kini tetapi ia amat bermanfaat untuk kehidupan," katanya kepada Bernama di sini.

Normawaty berkata, selain mengajar mengaji di rumah, beliau turut mengajar al-Quran kepada individu bekerja di industri secara persendirian dan membantu pelajar di sekolah yang menduduki ujian.

Sementara itu, Muhammad Khairi berkata sejak kali terakhir menyertai tilawah pada 2020, beliau banyak memperhalusi bacaannya dari semua sudut fasohah, taranum dan tajwid selain berjumpa dengan ramai guru untuk berlatih.

Katanya, yang mengajar al-Quran di sebuah sekolah di Selangor, dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya pertandingan tilawah peringkat kebangsaan beliau berazam untuk memberikan yang terbaik dengan segala ilmu dipelajarinya.

Normawaty dan Muhammad Khairi akan mewakili Melaka ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Kuantan, Pahang bermula 23 Mei ini. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048333 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list