CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2835|Reply: 0

[Jenayah] Calon PN yakin peratusan keluar mengundi catat peningkatan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Calon PN, Khairul Azhari Saut, meninjau proses pengundian sempena PRK DUN Kuala Kubu Bharu. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI





KUALA KUBU BHARU: Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu akan mencatat peningkatan.

Khairul Azhari yang juga pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor, berharap peratusan berkenaan melangkaui jumlah dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, tahun lalu.

"Ya, itu yang kita harapkan. Harus ada peningkatan sedikit berbanding sekitar 67 peratus pada PRN tahun lalu.

"Kita harapkan peratusan mengundi lebih besar kali ini," katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang diiringi empat pengawal peribadi tiba di pusat pengundian berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan pertandingan empat penjuru, membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Sementara itu, Khairul Azhari berpuas hati dengan kehadiran pengundi ke pusat mengundi berkenaan sejurus dibuka kepada umum.

"Alhamdulillah, saya lihat agak menyeronokkan sebab ramai pengundi datang ke pusat mengundi. Saya minta semua pengundi segera keluar, takut hujan sebelah petang nanti dan sebagainya.

"Saya mohon pengundi boleh keluar beramai-ramai dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Belum sejam pusat mengundi dibuka tetapi nampak agak ramai, terutama di saluran tiga. (Pengundi) tak putus-putus berbaris, jadi Alhamdulillah, petanda baik untuk pengundi di sini," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048456 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list