CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2957|Reply: 0

[Tempatan] Jururawat berkorban demi jemaah

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Nur Ainun (berdiri) bersama Noorhayati Mohamed mengemaskini maklumat melancarkan operasi di Tanah Suci. - Foto NSTP/Husain Jahit





MADINAH: Hari Jururawat yang jatuh pada 12 Mei setiap tahun menjadi detik paling bermakna bagi 16 jururawat termasuk tiga jururawat lelaki kerana berpeluang berkhidmat kepada jemaah haji pada Musim Haji 1445H/2024.

Jururawat ditempatkan di Pusat Perubatan Madinah yang terletak di Hotel Ar Roha, Madinah, menjadi pusat rawatan jemaah haji, beroperasi 24 jam dengan kapasiti 33 katil termasuk wad pemerhatian kecemasan, wad lelaki dan wad wanita.

Ketua Jururawat, Nur Ainun Muhammad, 48, berkata ini adalah tahun kedua dia berpeluang bertugas di Tanah Suci dan peluang itu diambil sebaik mungkin demi berbakti kepada jemaah haji yang memerlukan rawatan.

"Kami perlu memohon untuk menjadi jururawat di Tanah Suci dan pihak kementerian yang memilih. Alhamdulillah saya terpilih lagi dan saya amat berbangga dan bertuah kerana seseorang jururawat yang ingin bekerja di Tanah Suci perlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan perlu memiliki ilmu yang luas dalam bidang kejururawatan," katanya kepada petugas media Tabung Haji pada sesi temubual sempena Hari Jururawat yang disambut esok.

Beliau yang berpengalaman 24 tahun sebagai jururawat kini bertugas di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ketika bertugas di Tanah Suci tahun lalu ialah merawat dan menjaga jemaah haji wanita berumur 92 tahun.

"Beliau mengalami patah tulang paha sejak di Malaysia tetapi tetap bersemangat menunaikan haji. Sesampainya di sini beliau terus dirawat di Pusat Perubatan Madinah. Sedihnya, makcik itu meninggal dunia ketika di Makkah selepas selesai membuat haji," katanya yang sudah menjadi Ketua Jururawat sejak 10 tahun lalu.

Katanya, bertugas di sini berbeza kerana kelengkapan sangat terhad dan tenaga kerja yang kurang.

"Cabaran itu tetap saya ambil dan keluarga memainkan peranan penting kerana mereka sentiasa menyokong saya untuk terus berbakti kepada jemaah haji," katanya.

Seorang lagi jururawat, Tormizi Zakaria, 31, berkata beliau mendapat sedikit panduan daripada rakan yang pernah berkhidmat di Tanah Suci untuk mengisi borang permohonan.

"Ini adalah kali pertama saya beliau bertugas di sini. Mula-mula terkejut juga dan perasaan saya bercampur-baur ketika mendapat berita diterima untuk berkhidmat di Tanah Suci," katanya yang berpengalaman lapan tahun sebagai jururawat dan kini berkhidmat di Hospital Cheras.

Beliau yang masih belum berkahwin memohon untuk berkhidmat di Tanah Suci kerana ingin mencari kelainan dan merasai pengalaman baharu di tempat baharu walaupun ia hanya ketika musim haji.

"Apa yang menarik ialah ketika ibu mendesak menjadi jururawat. Ibu kata "mu jadila misi jate" dan ini hikmahnya kerana saya menurut kata-kata ibu," katanya yang sangat teruja bukan saja dapat berkhidmat untuk jemaah haji, malah turut dapat mengerjakan haji bersama mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050686 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list