CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5378|Reply: 1

[Tempatan] SMK Khir Johari beroperasi hingga 2027, dinaik taraf ke Kolej Tingkatan Enam

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninjau reruai Karnival HIP peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Nibong Tebal - Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad





NIBONG TEBAL: Isu penamatan kelas tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di Sungai Petani, Kedah bagi memberi laluan kepada Kolej Tingkatan Enam sudah selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara itu bukan isu dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pelajar sedia ada di sekolah itu ketika ini akan meneruskan sesi pembelajaran sehingga 2027.

Katanya, pihaknya kini mahu memberi tumpuan untuk menaik taraf sekolah itu sebagai pusat pemusatan Tingkatan Enam.

"Isu ini (menamatkan tingkatan satu hingga lima) telah selesai dan tidak berbangkit. Di sini, yang kita nak bagi tumpuan adalah berkaitan dengan bagaimana nak menaikkan taraf sekolah itu sebagai pusat pemusatan tingkatan enam.

"Soal akses pendidikan semua telah pun selesai dan saya fikir tidak ada apa-apa isu yang perlu dirisaukan kerana anak-anak ini masih bersekolah hingga 2027.

"Keputusan ini kita telahpun persetujui untuk meningkatkan kualiti pendidikan khususnya memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan enam di kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan ibu bapa sekolah berkenaan yang mahu KPM mengkaji semula keputusan menukar SMKKJ sebagai Kolej Tingkatan Enam.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival HIP Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari memaklumkan bahawa keputusan menjadikan SMKKJ sebagai Kolej Tingkatan Enam telah dimuktamadkan pada tahun 2021.

Dr Mohammed Taufiq dilaporkan berkata, perbincangan berhubung perkara itu sudah pun diadakan dan keputusan berkenaan dipercayai telah dipersetujui bersama beberapa pihak ketika itu.

Terdahulu, alumni sekolah berkenaan membuat petisyen secara dalam talian bagi membantah langkah menjadikan sekolah itu kepada kolej tingkatan enam.

Antara alasan dikemukakan termasuk SMKKJ yang ditubuhkan sejak 1912 adalah lambang perjuangan penduduk tempatan menubuhkan sekolah Melayu yang setanding sekolah aliran Inggeris sebelum kemerdekaan negara.

Selain itu, penutupan aliran perdana di sekolah yang mampu menempatkan sehingga kira-kira 2,000 pelajar akan menyebabkan kesesakan di sekolah menengah berhampiran kerana perlu menampung tambahan pelajar baharu.
                                                                                                                       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah menengah kebangsaan temerloh pun tak terima dah budak form 1 sejak tahun bila tah rasanya tahun ni kot.
Sbb bakalan jadi kolej tingkatan 6 nnt.
Sekolah kat selangor plak elok2 jd sekolah berprestasi tinggi tuk budak cemerlang dah terpaksa tukar jd sekolah biasa sbb sekolah tak cukup huhu jd tak kira cerdik pandai semua boleh masuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.663648 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list