CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4560|Reply: 0

Sterling, Jackson selamatkan Chelsea di Nottingham

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Chelsea, Raheem Sterling meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest di The City Ground, Nottingham. - Foto REUTERS



NOTTINGHAM: Jaringan lewat permainan oleh Raheem Sterling dan Nicolas Jackson memberikan Chelsea kemenangan 3-2 di Nottingham Forest.

Mykhailo Mudryk turut menjaringkan gol untuk Chelsea, yang kini di tangga ketujuh dengan dua perlawanan berbaki dan berpeluang layak ke pentas Eropah musim depan.

Dengan satu perlawanan berbaki di Burnley yang sudah tersingkir, Forest kini berada di tangga ke-17 dan tiga mata di atas Luton Town, tetapi dengan perbezaan jaringan yang tinggi.

Chelsea, yang memenangi tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris selepas kempen tidak konsisten, akan bertandang ke Brighton & Hove Albion pada Rabu sebelum melayan kunjungan Bournemouth pada 19 Mei.


"Perkara terbaik ialah kami sentiasa yakin hingga ke akhir, bola sepak adalah tentang perjuangan.

"Penting bagi pasukan untuk menamatkan musim di kedudukan terbaik, dan berharap dapat memulakan musim depan dengan baik sekali," kata Pochettino.

Chelsea membuka jaringan pada minit keenam apabila Cole Palmer melorong bola kepada Mudryk. Dengan umpanan gol itu, Palmer menyertai Ollie Watkins dari Aston Villa untuk pembabitan terbanyak gol liga dengan 31.

Jaringan Wily Boly pada minit ke-16 dan Callum Hudson-Odoi (m-74) menceriakan penyokong tuan rumah di City Ground, dengan Forest memerlukan hanya satu mata untuk mengesahkan kekal di Liga Perdana Inggeris selepas West Ham menewaskan Luton.

Namun Sterling menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 dan Jackson meledak gol kemenangan dua minit kemudian selepas menanduk hantaran lintang Reece James - yang bermaik buat kali pertama selepas lima bulan kerana kecederaan. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... elsea-di-nottingham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.300126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list