CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6394|Reply: 0

Leona tak kisah pakai baju kelawar seumur hidup

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Leona meluahkan rasa cintanya terhadap baju kaftan yang cukup selesa digayakan pada bila-bila masa. - INSTAGRAM.





PETALING JAYA – Kasih Iris Leona tidak kisah andai terpaksa memakai baju kaftan atau kelawar seumur hidupnya.

Leona, 22, menerusi perkongsian terbaharu dalam media sosial meluahkan rasa cintanya terhadap keselesaan menggayakan kain kaftan yang lazim dengan dirinya pada waktu senggang.

    “Kalau ada satu pakaian yang saya akan gayakan seumur hidup, tentunya (pakaian tersebut) adalah baju kaftan atau baju kelawar,” coretnya.

Menerusi muat video video terbabit, Leona yang juga merupakan anak pelakon Azhar Sulaiman turut beraksi menggayakn kaftan berona merah jambu belacan yang menjadi signaturnya setiap kali bersiaran langsung dalam TikTok.

Acap kali viral dalam media sosial, Leona menerusi Instagram mendedahkan pulang ke tanah air selepas lama bermaustatin di London atas urusan melanjutkan pelajaran.

    “Guess who’s home (cuba teka siapa sekarang dah pulang),” kongsi Leona seraya menyertakan foto awan tinggi dengan kapal syarikat penerbangan nasional negara.

Sementara itu, menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang gembira bahawa Leona kini pulang ke tanah air selepas lama di negara orang melanjutkan pengajian di Universiti Bath, London.

    “Dia gembira betul dapat balik kampung.

“Ingatkan dia nak cakap baju kelawar sebab saya pun suka pakai baju sama,” demikian antara komen peminat. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.864391 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list